“Bayangkan jika saya tidak penat dan tewaskan Cheng Long pada hari itu”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas jaguh badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei meletakkan harapan tinggi barisan atlet yang akan mengibar cabaran di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dapat untuk menamatkan penantian kontijen negara mengenggam pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu.

Chong Wei yang dilantik sebagai chef de mision kontijen negara, melihat edisi kali ini membekalkan peluang terbaik kepada atlet negara untuk menebus apa yang gagal dilakukannya sepanjang beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Bekas pemain nombor satu dunia itu tiga kali kandas di perlawanan akhir dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, termasuklah ketika penyertaan terakhirnya di Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016.

Baca : Chong Wei kena kencing dia paling banyak memenangi pingat perak di Sukan Olimpik

Sambil memberikan kata-kata motivasi dan suntikan semangat kepada atlet yang akan beraksi di Olimpik Tokyo, Chong Wei turut mengimbau semula momen pertarungan epik menentang seteru utama Lin Dan di separuh akhir Olimpik 2016.

“Ketika saya menewaskan Lin Dan dalam kemenangan terakhir saya di Olimpik (separuh akhir Olimpik Rio 2016), tiada perasaan yang lebih baik dan ia sangat membanggakan. Saya letih macam nak mati pada perlawanan separuh akhir itu, saya fikir saya akan tewas lagi kepada Lin Dan.

“Namun, saya beritahu kepada diri sendiri untuk tidak mengecewakan 32 juta rakyat Malaysia yang berdoa untuk kejayaan saya. Ia memberi motivasi tambahan kepada saya bagi meraih mata kemenangan.

“Bagaimana seluruh negara meraikan kemenangan itu masih segar dalam fikiran saya. Bayangkan kegembiraan negara sekiranya tubuh badan saya tidak keletihan, tidak mengalah dan saya berjaya menewaskan Chen Long keesokan harinya?” ujar Chong Wei yang mengumumkan persaraan pada Jun 2019 kerana masalah kesihatan.

Sebagai rekod, dalam aksi final di Olimpik Beijing 2008 dan London 2012, Chong Wei tewas di tangan Lin Dan manakala Chen Long menjadi penghalangnya bagi memenangi emas di Rio de Janeiro 2016.

Tambah Chong Wei lagi, “Saya ingin menyeru agar atlet negara yang akan beraksi di Tikyo nanti untuk mempersembahkan aksi terbaik demi lambang di dada. Ingatlah, Olimpik hanya dilangsungkan empat tahun sekali. Berapa kali seorang atlet mampu beraksi di persada Olimpik dalam kerjaya sukannya?

“Berapa kali saya berdoa agar diberi peluang kembali ke pentas Olimpik tetapi sayar reda ia tidak akan termakbul lagi,” katanya yang empat kali membuat penampilan di Olimpik bermula edisi 2004 di Athens.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.