Kalendar Liga Malaysia Mungkin Persis Liga Eropah

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam tidak menolak kemungkinan kalendar Liga Malaysia akan mengikut format liga di eropah yang memulakan musim dari Ogos hingga Mei setiap musim.

Menurutnya seperti dilaporkan Arena Metro, perkara itu masih di peringkat kajian dan ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua ke tiga tahun sebelum perubahan itu boleh dilaksanakan.

“Kita akan terus melakukan perbincangan lanjut dengan AFC bagi mendapatkan nasihat dan panduan…masalah besar kita adalah kalendar musim liga berjalan dari Januari hingga Disember, di mana kita mula saingan pada Februari hingga November, dan sekarang pula kita kena habiskan pada Disember kerana ACL dan Piala AFC masih bermain pada Disember.

“Tambahan lagi tempoh aksi peringkat kumpulan ACL berlangsung ‘back half the year’. Disebabkan ini, kita tak boleh nak agak bila Piala AFF akan diadakan, di mana biasanya ia pada hujung tahun. Tapi kalau kalendar AFC habis pada bulan Disember, itu bermakna kalendar AFF (Piala AFF) akan mula pada Januari dan bila pula Piala AFF akan habis?.

“Jadi bila pula pasukan akan berehat dan menjalani pramusim, dan bila pula kita (Liga Malaysia) nak mula. Ini adalah rantaian yang akan beri kesan bukan saja dalam pertandingan bawah AFC tapi kita juga, persoalannya adakah kita perlu menukar kalendar musim kita?.

“Perlukah kita menukarnya untuk memastikan pasukan kita mampu beraksi dalam kalendar AFC. Jadi kita kena cari mekanisme baharu untuk menyokong semua kelab kita yang beraksi di peringkat AFC, di mana kalendar liga kita perlu menyokong kalendar AFC, kelayakan Fifa, kelayakan AFC, Sukan Sea dan Piala AFF agar kita boleh mulakan kembali liga kita dengan perubahan kalendar,” katanya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.