“Kami Berpeluang Untuk Menang, Tapi Ini Adat Bolasepak” – Michael Tak Salahkan Pemain

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner beranggapan pasukannya tidak bernasib baik untuk tewas menerusi sepakan penalti, selepas memberikan segala yang terbaik sepanjang 120 minit perlawanan bertemu Terengganu di separuh akhir Piala FA.

Penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim menyelamatkan sepakan penalti Aliff Haiqal Lau dan Yazan Al-Arab sekaligus menyaksikan Terengganu melakar kemenangan 4-2 selepas kedudukan selepas berakhir masa tambahan kekal 1-1.

Bagi Michael, apabila tiba ke sepakan penalti, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dan tiada siapa yang boleh dipersalahkan.

“Pertama kali saya harus ucapkan tahniah kepada Terengganu FC dan selamat berjaya dalam aksi final.

“Sudah tentu kami bolos dengan jaringan awal penyamaan di babak kedua tetapi semasa tambahan masa kami semakin dekat dan ada beberapa peluang untuk mencipta kemungkinan dan akhirnya sepakan penalti sentiasa menjadi 50-50.

“Tiada sesiapa perlu dipersalahkan, pasukan tewas hari ini tapi aksi yang dipamerkan oleh para pemain sentiasa baik dan beri komitmen atas padang.

“Tetapi keseluruhan kami miliki peluang terbaik sepanjang 120 minit. Ada peluang untuk menang permainan. Satu pasukan akan kalah penentuan penalti,” ujar Michael selepas perlawanan.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Selangor terlebih dulu berada di depan pada minit ke-23 menerusi Norhakim Isa, namun Faisal Halim menceriakan lebih 30ribu penyokong apabila meledak jaringan penyamaan tiga minit selepas permainan bersambung di separuh masa kedua.

Walaupun berbalas serangan dan mencipta peluang, tiada tambahan jaringan disaksikan sekaligus sepakan penalti menjadi pemisah, membawa Terengganu ke final Piala FA pertama mereka sejak 2011.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.