“Kami Sudah Belajar” – Tan Cheng Hoe

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kekalahan kepada Jordan diyakini telah memberi pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada barisan pemain Harimau Malaya tatkala tumpuan kini beralih kepada aksi menentang Uzbekistan pada Sabtu.

Justeru, pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe mahu segala kesilapan mudah yang dilakukan sehingga gawang dibolosi sebanyak empat kali pada Rabu lalu tidak lagi berulang.

Berita Berkaitan : “Sepak Bola Pun Tak Reti, Nak Cakap Banyak” – Jamal Bangga Harimau Malaya Tak Dibelasah Teruk

“Selalunya kesilapan individu menyebabkan kita dibolosi gol. Saya rasa pemain dah sedar dan belajar sesuatu kerana dari segi intensiti, bola sepak antarabangsa agak berlainan. Itu sebab apabila lawan menyerang, kita rasa tertekan dan mudah buat kesilapan.

“Ini adalah perlawanan ujian dan pendedahan dan perlu diberikan peluang kepada semua pemain di pentas antarabangsa agar mereka dapat meraih sedikit sebanyak pengalaman dan cuba ‘serap’ dengan situasi tersebut selain dapat meningkatkan prestasi mereka pada masa akan datang nanti.

“Untuk perlawanan dengan Uzbekistan, saya akan lebih fokus kepada pertahanan supaya tidak lagi dibolosi dengan gol-gol mudah. Kerjasama berpasukan adalah yang terbaik untuk halang Uzbekistan daripada menjaringkan gol.

“Dalam masa sama juga kita perlu menyerang untuk beri tekanan kepada lawan,” ujar Cheng Hoe pada sidang media online bersama wartawan di Malaysia pada Jumaat.

Sementara itu, Cheng Hoe turut membayangkan kemungkinan merehatkan penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula dengan Syafiq Ahmad dijangka mengisi posisi serangan.

“Kita masih lagi menilai dari segi taktikal Uzbekistan. Kemungkinan kita ada set berbeza, di mana Nazmi Faiz pun mengalami kecederaan tapi kita akan lihat sama ada Nazmi sempat pulih 100 peratus menjelang esok atau tidak. Kalau dia cedera kita akan tukar dengan pemain yang mampu menggantikannya juga,” katanya.

Selain Syafiq Ahmad, antara pilihan lain yang boleh dipertaruhkan Cheng Hoe di barisan depan adalah penyerang muda berusia 19 tahun Luqman Hakim Shamsudin.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah menang ke atas Uzbekistan dalam lima pertemuan terakhir dan pernah dua kali dibelasah 5-0 ketika Sukan Asia 1994 serta Piala Asia 2007.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.