Karsten Neitzel : ‘Tiga minggu mana cukup, ini bukan cara professional’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kerajaan telah membenarkan kesemua pasukan Liga Malaysia untuk kembali menjalani latihan bermula 15 Februari ini, tetapi dengan Malaysian Football League (MFL) kekal dengan keputusan untuk sepak mula musim baru pada 5 Mac, maka mereka cuma ada tidak sampai tiga minggu untuk membuat persiapan.

Dan ia jelas tidak menyenangkan pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel yang berpendapat tempoh masa itu tidak mencukupi untuk mempersiapkan sebuah pasukan mantap.

“Jika sesiapa tanya saya berapa lama kita perlukan (untuk persiapan) saya akan cakap di antara lima ke enam minggu, mereka perlu faham bahawa banyak benda yang kita perlu lakukan selepas latihan terpaksa dihentikan agak lama kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Lima lawan lima, dua lawan dua, sesi taktikal, latihan pergerakan dan juga perlawanan persahabatan jadi kurang daripada tempoh tersebut adalah tidak memadai.

“Semua pun tahu ia sesuatu yang tidak mungkin dalam tempoh yang sangat singkat itu, ini bukan cara professional. Saya harap pentadbir liga akan memberikan kami lebih masa,” katanya menerusi laporan TheStar. Baca : Coach Neitzel wants more time to prep Selangor.

Tambah pengendali dari Jerman itu lagi, “Mengadakan sesi Zoom (latihan online) tidak cukup, untuk membuat persiapan secara serius, seperti saya katakan lima ke enam minggu. Tetapi jika mereka (MFL) kekal dengan tarikh sepak mula sama, maka kami tiada pilihan selain akur dan cuba mencari solusi terbaik.”

Sebagai rekod, untuk musim baru, Selangor FC telah membawa masuk penyerang kebangsaan Shahrel Fikri Mohd Fauzi dari Perak selain menandatangani dua pemain Pahang, R.Dinesh (pertahanan kiri) dan Nik Shariff Haseefy Mohd Lazim (pemain sayap).

Selain itu mereka juga telah mendapatkan dua pemain import baru iaitu pemain tengah Oliver Buff dan Tim Heubach (pertahanan tengah) manakala seorang lagi pemain dijangka akan menyertai mereka dalam tempoh terdekat, dipercayai Manuel Konrad yang pernah beraksi dengan Dynamo Dresden dan FSV Frankfurt.

“Kita tidak mempunyai skuad yang besar tetapi mereka pemain-pemain berkualiti. Selain itu kita ada sebuah pasukan feeder yang cukup bagus, yang dibarisi pemain-pemain muda yang hebat. Sudah tentu ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana pemain-pemain ini menyerlahkan potensi mereka,” ujar Neitzel.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.