Kedah FC kempunan buat kali kesepuluh berturut-turut

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Liga Malaysia 2021 membuka tirai secara rasminya pada Jumaat, dengan Johor Darul Takzim dan Kedah Darul Aman FC menjadi dua pasukan pertama yang turun padang dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

JDT memulakan misi mempertahankan kejuaraan Liga Super buat musim kelapan berturut-turut dengan menundukkan Kedah 2-0 menerusi jaringan Safawi Rasid dan Natxo Insa, yang sekaligus menyaksikan mereka menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Tatkala JDT ceria dengan pencapaian gah mereka merangkul trofi tersebut buat kali keempat berturut-turut, Kedah pula meratapi kegagalan mereka untuk menewaskan pasukan Harimau Selatan itu buat kali kesepuluh berturut-turut dalam saingan Liga Super.

Ya, sejak kedua-dua pasukan pertama kali bertemu dalam Liga Super pada 2016, Kedah tidak pernah sekalipun menang ke atas JDT dan hajat mereka untuk menoktahkan penantian itu tidak juga kesampaian kali ini.

Kekalahan terbaru ini adalah yang keenam buat Kedah manakala empat lagi perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri, menjadikan mereka sebagai satu daripada pasukan yang memiliki rekod paling buruk menentang JDT.

Baca : 5 pasukan yang tidak pernah tewaskan JDT dalam saingan Liga Super

Ia ternyata malam yang serba tidak menjadi buat pasukan Lang Merah, yang perlu diakui kelihatan sebagai pasukan kedua terbaik sepanjang perlawanan.

Selain percubaan oleh Kipre Tchetche yang mengegar palang gol pada separuh masa terbaik, tiada best moment lain disajikan Kedah kepada penyokong setia mereka, dengan gandingan Anumanthan Kumar dan Rabih Ataya di tengah gagal berfungsi dengan baik.

Malah skuad bimbingan Aidil Shahrin Sahak itu juga kehilangan khidmat penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim pada awal babak kedua susulan pelanggaran dengan Safawi Rasid manakala kemasukan Syazwan Zainon dan Rozaimi Rahman pada penghujung perlawanan tidak membantu untuk mengubah apa-apa.

Sebaliknya di kem JDT, mereka kelihatan lebih yakin ketika memegang bola dan mendominasi tengah dengan sempurna menerusi Afiq Fazail, Natxo Insa dan Leandro Velazquez tatkala Aidil Zafuan Abd Razak dan Mauricio tenang mengawal benteng tanpa banyak tekanan.

Foto ehsan : Laman media sosial rasmi pasukan Kedah Darul Aman FC (klik link ini untuk layari lebih banyak gambar pasukan Kedah Darul Aman FC)

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.