Kejuaraan AFC B-19 mungkin turut ditunda

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kejuaraan AFC B-19 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan pada Oktober ini berkemungkinan besar akan ditunda ke tahun depan.

“Kami jangka kejohanan AFC B-19 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini ditunda kerana kerisauan yang diluahkan oleh persatuan bola sepak serantau dengan keadaan semasa (wabak pandemik Covid-19).

“Bagaimanapun, keputusan rasmi akan dilakukan oleh AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) dalam masa terdekat kerana difahamkan mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Perubatan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia Stuart Ramalingam kepada Kosmo selepas mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan AFC secara online.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Exco AFC yang juga Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Vietnam, Dr Tran Quoc Tuan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan AFC.

Tambah Stuart Ramalingam lagi, “FAM masih menantikan keputusan daripada AFC sebelum membuat apa-apa keputusan tentang kem latihan pusat skuad B-19 kebangsaan yang berlangsung ketika ini.”

AFC sebelum ini telah menunda semua baki aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi tahun ini ke tahun hadapan, menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan 2020 tanpa sebarang perlawanan.

Sebagai rekod, skuad B-19 kendalian Brad Maloney telah turun menjalani latihan sejak lebih enam minggu lalu dan ketika ini masih dalam proses penilaian pemain.

Sekiranya pertandingan ditunda, persiapan rapi yang dibuat pastinya akan menjadi sia-sia sahaja, namun dalam masa sama mengambil kira situasi semasa yang agak membimbangkan, langkah menunda pertandingan sudah tentunya dilihat sebagai langkah yang relevan.

Pada pusingan akhir di Uzbekistan nanti, Malaysia dijadual membuka tirai saingan Kumpulan D bertemu Tajikistan pada Jumaat, 16 Oktober 2020 diikuti Qatar(19 Oktober) dan seterusnya Yemen (22 Oktober).

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.