Kelantan FC Bakal Diperkuatkan Tiga Pemain Melaka United

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kelantan FC difahamkan akan memperkasa persiapan bagi mengharungi saingan Liga Premier 2022 dengan membawa masuk tiga pemain Melaka United iaitu Ahmad Sollehin Mamat (penjaga gol) serta dua pemain tengah Jasmir Mehat dan Shyamierul Razmee Jasmi .

Info tersebut dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran di laman twitter miliknya.

Setelah membuat rombakan besar pada skuad yang menduduki tangga keenam Liga Premier 2021 dengan hanya sepuluh pemain dikekalkan, Kelantan FC setakat ini belum mengumumkan kemasukan pemain baru.

Ini membuatkan penyokong mereka masih menunggu sekiranya ada pemain-pemain berprofil tinggi akan dibawa masuk apatah lagi pemilik pasukan Norizam Tukiman sebelum ini ada memberitahu beliau memperuntukkan bajet lebih besar berbanding tahun 2021.

Namun dengan masa yang semakin suntuk, hakikatnya sukar untuk bukan sahaja Kelantan tetapi mana-mana pasukan lain untuk memancing pemain yang ada nama melainkan fringe player yang tidak disambung kontrak oleh pasukan lama.

Ketika Zamsaham mengumumkan Rezal Zambery Yahya sebagai ketua jurulatih pasukan itu pada bulan lalu, beliau menyatakan sasaran yang diletakkan adalah untuk layak ke Liga Super 2023 dan untuk tujuan itu, mahu tidak mahu Kelantan perlu ada beberapa pemain berpengalaman untuk mengemudi pasukan.

Sepuluh pemain yang telahpun dikekalkan adalah Zubir Azmi, Ghaffar Rahman, Nurshamil Abd Ghani, Mior Dani, Arip Amiruddin, Dzulfahmi Hadi, Syed Sobri, Yusri Yushamadi serta dua penjaga gol iaitu Asfa Abidin dan Nik Mohd Amin.

Dalam pada itu, Kelantan FC memberi penjelasan mengenai isu mereka membayar gaji hanya untuk sembilan hari kepada pemain pada bulan November.

Pengurus Operasi, Qusmaini Noor dalam satu kenyataan menegaskan gaji bulan November adalah dibayar secara pro rate mengikut jumlah hari pemain-pemain bekerja (menjalani latihan/beraksi) iaitu sembilan hari dan perkara itu telahpun dipersetujui oleh pemain ketika menandatangani surat tawaran.

“Gaji-gaji bonus dan KPI semua pemain dari awal musim sehingga kini tiada tertunggak dan diselesaikan mengikut bulan yang sama,” kata Qusmaini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.