Keluar jika jadi nombor dua

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selepas menjadi antara tunjang utama yang membawa Arsenal menjuarai Piala FA 2020, Emiliano Martinez nampaknya sudah membina keyakinan diri yang tinggi.

Emiliano menanti selama 10 tahun untuk diberi kepercayaan menjadi penjaga gol utama Arsenal dan peluang itu hadir pada Jun lalu berikutan kecederaan lutut dialami Berndt Leno.

Penjaga gol dari Argentina itu membalas kepercayaan Mikel Arteta dengan aksi tangkas, bertenaga dan meyakinkan dalam 11 perlawanan terakhir Arsenal dan kini dia enggan lagi berpaling.

Baca : Lupakan gol Ronaldinho, pada usia 40 tahun David Seaman lakukan sesuatu tak terjangkau dek akal

Emiliano tekad mahu mengenggam erat posisi nombor satu itu, dan laporan media antarabangsa The Sun mendedahkan dia bersedia meninggalkan Arsenal jika sekali lagi terpaksa menjadi nombor dua apabila Leno kembali daripada kecederaan.

“Saya telah menunjukkan kepada kelab bahawa saya boleh bermain, dan apabila musim kembali bersambung sudah tentu saya mahukan lebih banyak perlawanan. Ini satu-satunya cara untuk saya terus kekal di sini (Emirates).

“Sasaran utama saya adalah mengukuhkan tempat saya di Arsenal dan mendapat tempat sebagai penjaga gol nombor satu Argentina. Saya tidak akan berhenti jika tidak merealisasikan impian itu dan jika Arsenal tidak dapat berikan saya peluang itu, saya akan mencari kelab lain.”

Emiliano menyertai Arsenal dari kelab Argentina Independiente pada 2010 dengan yuran perpindahan £1.1 juta dan dijangka akan ditawarkan kontrak baru dalam tempoh terdekat.

Bagaiamanpun masa depan Emiliano kekal menjadi spekulasi kerana Leno dilaporkan telahpun kembali menjalani latihan ringan bersama the gunners sebelum musim 2019/2020 menutup tirai dan apabila kembali cergas sepenuhnya, dia bakal menjadi pilihan utama Mikel Arteta.

Perkembangan kedudukan Emiliano ketika ini dipantau rapi oleh beberapa kelab Liga Perdana Inggeris lain termasuklah Leeds United, Fulham dan Sheffield United yang telahpun kehilangan penjaga gol sensasi Dean Henderson yang pulang ke Manchester United selepas tamat tempoh pinjaman.

Arsenal menamatkan musim 2019/2020 pada bulan lalu di kedudukan kelapan – kedudukan terburuk mereka di era Premier League – namun bernasib baik untuk layak ke Europa League atas kapasiti sebagai juara Piala FA dengan menewaskan Chelsea.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.