Kemenangan Kelantan United dicemari insiden pelik

kad merah Kelantan United
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kelantan United akhirnya menoktahkan badi kemenangan setelah melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Perak II FC tetapi kemenangan bergaya mereka dicemari insiden pelik.

Skuad the green deers kendalian Nazrulerwan Makmor menamatkan aksi dengan sembilan pemain setelah dua pemain mereka dilayangkan kad merah.

Kad merah pertama dilayangkan kepada Muhammad Asyraf Alifudin Yassin kerana menumbuk Adam Nadzmi Zamri pada minit ke-75 namun yang mencuri perhatian adalah kad merah kedua yang dilayangkan kepada Gassama selepas wisel penamat ditiup.

Penyerang import dari Gambia itu dilayangkan kad merah oleh pengadil Sarif Tahir selepas didapati meluru secara tiba-tiba dan menumbuk rakan sepasukan sendiri, Zafuan Azeman – pemain yang dipinjamkan dari Penang FC.

Tidak diketahui dengan jelas apa punca pemain itu bertindak sedemikian meskipun ada yang mengatakan berlaku perselisihan di antara kedua-dua mereka terlebih dahulu di dalam perlawanan tersebut.

https://youtu.be/BoS_WhGr7CQ

Dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh itu, Kelantan United menamatkan rentetan tiga kekalahan sebelum ini menerusi tiga jaringan dalam tempoh 13 minit di separuh masa pertama menerusi Syahrul Azwari Ibrahim (m-8) dan Gassama (m-18, 21) serta jaringan Qayyum Marjoni Sabil pada minit ke-46.

Mereka ketika ini di kedudukan kelima Liga Premier dengan 19 mata dan berada di kedudukan ketiga dalam pemburuan slot ke Liga Super 2022.

Selepas ini Kelantan United akan menentang JDT II di Larkin, pada 1 Ogos.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.