Kena scam dengan pemain naturalisasi ke tu ….

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Setelah melihat skuad negara dilaukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bekas penyerang kebangsaan Safee Sali tampil menyuarakan pendapatnya.

Menurut pemain berusia 36 tahun yang kini bermain dengan KL City itu, keputusan seperti ini (kekalahan besar) sememangnya sudah dijangka berdasarkan pengalamannya sendiri bermain menentang pasukan negara Timur Tengah.

Malah dia juga menganggap penyokong hanya kena scam dengan projek naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah melihat tiada impak yang dapat diberikan oleh Guilherme De Paula, Liridon Krasniqi mahupun Mohamadou Sumareh pada ketika skuad harimau malaya kali ini dikatakan kononnya skuad terbaik pernah dikumpulkan berikutan ada tiga pemain naturalisasi, pemain berdarah campuran dan pemain berpangkalan di luar negara.

“Memang bukan mudah untuk bermain dengan Pak Arab, sedikit kealpaan akan di hukum, main pula di tempat dan padang mereka.

“Boleh saya katakan, kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek ‘naturalisasi’ yang dibuat, membuatkan kita semua percaya dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi,” kata Safee Sali.

Pada perlawanan menentang UAE, Malaysia kecundang 4-0 menerusi dua jaringan masing-masing oleh Ali Mabkhout dan Fabio Virgionio De Lima, yang sekaligus menyaksikan Harimau Malaya tergelincir ke tangga keempat Kumpulan G.

Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi menjadi sasaran kritikan kerana bermain tidak menepati ekspetasi dan tampil dengan permainan yang longlai.

Berita berkaitan : Amri Yahyah lagi agresif, lagi rajin berlari berbanding De Paula

Safee Sali bagaimanapun yakin pemain-pemain tidak akan mengaku kalah dan berharap mereka boleh menebus kehampaan dalam dua perlawanan yang berbaki menentang Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun.

“Apa-apa pun masih ada dua lagi perlawanan yang sangat penting  Dan saya tetap yakin, para pemain tempatan kita jika di beri peluang dan kepercayaan, pasukan kita boleh menang dan bermain matian2 untuk nama negara.

“Kalau ikut kan hati pemain, esok juga mereka nak turun main demi membalas kepercayaan dan membuktikan kita bukan lah seperti apa yang peminat fikirkan. Bukan masa untuk angkat bendera putih, masih ada peluang. Kita, Vietnam dan Thailand tidak jauh berbeza. Insyaallah kita boleh menang,” katanya lagi.

Malaysia wajib menang kedua-dua perlawanan untuk menghidupkan peluang menamatkan aksi pusingan kedua kelayakan di kedudukan empat naib juara terakhir.

Tercicir mata dalam salah satu perlawanan sekalipun, peluang boleh dikatakan sudah tertutup.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.