Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Perancis telah membekalkan penjaring-penjaring gol berbisa dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak ia dijenamakan semula pada 1992.

Nama pertama yang muncul dalam pemikiran sudah tentunya Thierry Henry, penyerang prolifik Arsenal yang bukan sahaja memukau ramai dengan sentuhan jaringan hebat tetapi memahat nama sebagai salah seorang penjaring terbanyak dalam sejarah EPL.

Labola Malaya membawa anda mengenali 10 pemain Perancis yang berada dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL yang disifatkan paling kompetitif di dunia ini (statistik jaringan ini hanya bagi saingan EPL semata-mata, tidak termasuk pertandingan lain).

#10 Samir Nasri (36 gol)

Samir Nasri Arsenal Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Bekas arkitek tengah Perancis yang cukup lincah ini meledak 18 gol sepanjang 4 musim di Arsenal dan menambah 18 lagi jaringan sepanjang enam musim menyarung jersi Manchester City.

Dia juga ada menyertai West Ham United tetapi tiada jaringan bersama pasukan itu.

#9 Steed Malbranque (39 gol)

Steed Malbranque Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Pemain berdarah kacukan Belgium-Perancis ini bermain 10 musim di EPL, mula membina nama bersama Fulham di mana dia menjaringkan 32 gol dalam 172 penampilan bersama kelab itu; kemudiannya menambah enam gol bersama Tottenham Hotspurs dan satu gol bersama Sunderland.

#8 Alexandre Lacazette (40 gol) *masih beraksi di EPL 

lacazette Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Empat musim di Emirates, Lacazette sudahpun mengumpul 40 gol liga bersama Arsenal dan jumlah itu masih boleh bertambah kerana selepas jendela perpindahan ditutup, dia masih lagi kekal sebagai pemain the gunners. 

#7 Anthony Martial (51 gol) *masih beraksi di EPL

Martial Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Martial bermain musim keenamnya di EPL dan telahpun menjaringkan 51 gol bersama Manchester United, dan pemain berusia 24 tahun ini juga masih berpeluang cerah untuk menokok jumlah jaringannya itu meskipun Red Devils telah mendapatkan Edinson Cavani untuk memperkuatkan serangan.

#6 Robert Pires (62 gol)

Robert Pires Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Antara nama besar ketika era gemilang Arsenal, salah seorang pemain tonggak yang membantu the gunners menjulang EPL dua kali termasuk ketika musim invicibles 2003/2004. Pires meledak 62 jaringan sepanjang 6 musim bersama Arsenal dan dia juga pernah bermain dengan Aston Villa selama semusim.

#5 Eric Cantona (70)

Cantona Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Eric Cantona diperkenalkan ke arena bolasepak inggeris oleh Leeds United di mana dia menjaringkan enam gol ketika musim sulung di EPL.

Selepas itu Cantona dipancing Manchester United dan mencipta nama sebagai penyerang disegani dengan meledak 64 gol sepanjang lima musim menyarung jersi Red Devils, empat kali menjulang trofi EPL.

#4 Louis Saha (84 gol)

Saha Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Saha tampil sebanyak 289 kali sepanjang 15 musim bermain di EPL, mewakili enam pasukan berbeza.

Dia adalah penyerang klinikal yang menjaringkan gol di mana sahaja dia bermain – satu gol bersama Newcastle United, 26 gol bersama Fulham, 28 gol bersama Manchester United, 27 gol bersama Everton dan 3 gol bersama Tottenham Hotspurs. Hanya bersama Sunderland tiada gol dijaringkan.

#3 Olivier Giroud (86 gol) *masih beraksi di EPL  

Giroud Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Seorang lagi penyerang yang masih berpeluang untuk terus menambah koleksi jaringannya dalam EPL.

Pemenang Piala Dunia 2018 ini menyarung jersi Arsenal selama enam musim, meledak 73 gol dalam 180 perlawanan liga; sebelum berhijrah ke kelab seteru London Chelsea dan memasuki musim keempatnya di Stamford Bridge, dia sudahpun mengumpul 13 gol.

#2 Nicolas Anelka (125 gol)

Anelka Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

Anelka menjaringkan 23 gol liga bersama Arsenal sebelum berhijrah ke Real Madrid. Dia kembali ke EPL menyertai Liverpool secara pinjaman dan meledak 4 gol, sebelum menyertai Manchester City selama tiga musim di mana dia menjaringkan 37 gol.

Dia juga meledak 21 gol bersama Bolton Wanderers dan 38 gol bersama Chelsea, serta dua gol bersama West Bromwich Albion.

#1 Thierry Henry (175 gol)

Thierry Henry Arsenal Kenali 10 penjaring gol terbanyak dari Perancis dalam sejarah EPL

‘King’ Henry berada di kedudukan kelima dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL, membuktikan dia adalah salah seorang penyerang terbaik pernah disaksikan di bumi England.

Henry menjaringkan 174 gol dalam 254 penampilan sepanjang 8 musim di Highbury, membantu skuad Arsene Wenger menjulang dua kali EPL malah dia juga merupakan pemenang kasut emas EPL sebanyak empat kali.

Pada 2012, Henry kembali menyarung jersi Arsenal secara pinjaman, dan menambah satu gol dalam 4 penampilan untuk menjadikan jumlah keseluruhan gol 175.

Sumber : Planet Football, 90min.com

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.