Selain bakat, prestasi dan pencapaian dalam arena sukan masing-masing, kecantikan adalah faktor tambahan yang menjadi tarikan dan membuatkan atlet-atlet wanita lebih diminati terutamanya oleh kaum Adam. Ini antara atlet cantik yang mewarnai sukan Malaysia, terlalu ramai tetapi Labola Malaya menyenaraikan 10 yang memukau dan menawan kalbu.
#10 M.Tanalaksiumy (Olahraga) atlet kelahiran Pulau Pinang yang juga merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2017.
#9 Natasha Roslan (Boling) atlet berasal dari Selangor yang juga merupakan juara Dunia Masters 2016 selain juara Kejohanan Dunia 2017 berpasukan.
#8 Tracie Ang (Gimnastik) atlet kelahiran Melaka yang telah mewarnai arena sukan sejak lebih 15 tahun lalu dan merupakan atlet paling lama berada dalam pasukan gimnastik kebangsaan.
#7 Anis Amira Rosdi (Berbasikal) atlet kelahiran Perlis yang menolak menjadi Pramugari kerana sayangkan sukan berbasikal. Juga merupakan pemenang pingat emas acara berpasukan di Sukan SEA 2017.
#6 Esther Cheah (Boling) atlet senior berpengalaman luas yang pernah meraih pelbagai pencapaian besar dalam karier, namun raut wajahnya yang maintain awet muda tidak menampakkan umur sebenarnya yang sudah melepasi angka 34 tahun.
#5 Wendy Ng Yan Yee (Terjun) pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 yang mempunyai raut wajah persis model, atlet ini juga telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021).
#4 Farah Ann Abdul Hadi (Gimnastik) nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat sukan tempatan. Farah Ann, anak jati Selangor yang merupakan gimnas terulung negara dan baru-baru ini mencipta sejarah sebagai gimnas pertama Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik selepas 20 tahun.
#3 Woon Khe Wei (Badminton) bekas pemain beregu wanita nombor satu negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016.
#2 Syaidatul Afifah (Boling) atlet berusia 29 tahun kelahiran Perak yang merupakan pemenang pingat emas dan perak di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
#1 Angela Leong Mun Yee (Terjun) satu lagi nama yang sudah tentu bukan nama asing bagi peminat sukan tempatan. Mewarnai arena sukan tanah air lebih 25 tahun dan telah membuat penampilan di Sukan Olimpik sebanyak empat kali, Tokyo 2020 (2021) akan menjadi penampilan kelima jelitawan ini. Telah meraih pelbagai pencapaian hebat di pentas Asia Tenggara, Asia dan dunia. Ada sesiapa percaya Mun Yee berusia 36 tahun?
Foto : Instagram, BH Online