Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Selain bakat, prestasi dan pencapaian dalam arena sukan masing-masing, kecantikan adalah faktor tambahan yang menjadi tarikan dan membuatkan atlet-atlet wanita lebih diminati terutamanya oleh kaum Adam. Ini antara atlet cantik yang mewarnai sukan Malaysia, terlalu ramai tetapi Labola Malaya menyenaraikan 10 yang memukau dan menawan kalbu.

#10 M.Tanalaksiumy (Olahraga) atlet kelahiran Pulau Pinang yang juga merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2017.

M.Tanalaksiumy Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#9 Natasha Roslan (Boling) atlet berasal dari Selangor yang juga merupakan juara Dunia Masters 2016 selain juara Kejohanan Dunia 2017 berpasukan. Masih lagi merupakan salah seorang anggot skuad boling kebangsaan.

Natasha Roslan Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#8 Tracie Ang (Gimnastik) atlet kelahiran Melaka yang telah mewarnai arena sukan lebih 15 tahun dan merupakan atlet paling lama berada dalam pasukan gimnastik kebangsaan sebelum membuat keputusan bersara pada 2020.

Tracie Ang Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#7 Anis Amira Rosdi (Berbasikal) atlet kelahiran Perlis yang menolak menjadi Pramugari kerana sayangkan sukan berbasikal. Juga merupakan pemenang pingat emas acara berpasukan di Sukan SEA 2017. Dia kini sandaran utama skuad berbasikal bagi kategori wanita selepas Fatehah Mustapa bersara.

Anis Amira Rosdi Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#6 Esther Cheah (Boling) atlet senior berpengalaman luas yang pernah meraih pelbagai pencapaian besar dalam karier, namun raut wajahnya yang maintain awet muda tidak menampakkan umur sebenarnya yang sudah melepasi angka 34 tahun.

Esther Cheah Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#5 Wendy Ng Yan Yee (Terjun) pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 yang mempunyai raut wajah persis model, atlet ini juga telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 (2021).

Wendy Ng Yan Yee Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#4 Farah Ann Abdul Hadi (Gimnastik) nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat sukan tempatan. Farah Ann, anak jati Selangor yang merupakan gimnas terulung negara dan baru-baru ini mencipta sejarah sebagai gimnas pertama Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik selepas 20 tahun.

Farah Ann Abdul Hadi Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#3 Woon Khe Wei (Badminton) bekas pemain beregu wanita nombor satu negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Rio De Janeiro 2016. Pemain ini bersara pada 2019 kerana kecederaan lutut.

Woon Khe Wei Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#2 Syaidatul Afifah (Boling) atlet berusia 30 tahun kelahiran Perak yang merupakan pemenang pingat emas dan perak di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. Syaidatul baru sahaja mengumumkan persaraan pada tahun lalu dan kini terlibat sebagai pengacara sukan bersama Astro Arena.

Syaidatul Afifah Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

 

#1 Angela Leong Mun Yee (Terjun) satu lagi nama yang sudah tentu bukan nama asing bagi peminat sukan tempatan. Mewarnai arena sukan tanah air lebih 25 tahun dan telah membuat penampilan di Sukan Olimpik sebanyak empat kali, Tokyo 2020 (2021) akan menjadi penampilan kelima jelitawan ini. Telah meraih pelbagai pencapaian hebat di pentas Asia Tenggara, Asia dan dunia. Ada sesiapa percaya Mun Yee berusia 37 tahun?

Leong Mun Yee Kenali 10 si cantik arena sukan tanah air

Foto : Instagram, BH Online

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.