Kenapa JDT Begitu Istimewa? Kerana Adanya Seorang Boss Seperti Tunku Ismail

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Mauricio Nascimento pernah beraksi dengan beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Sporting CP, Lazio dan Spartak Moscow, tetapi Johor Darul Takzim (JDT) mempunyai tempat yang cukup istimewa di dalam hati pemain kelahiran Brazil itu.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menyarung jersi Harimau Selatan buat musim keempat berkata dalam satu temuramah bersama media Russia bahawa dia cukup bertuah untuk menjadi sebahagian daripada pasukan gergasi Liga Malaysia ini sambil memberikan kredit kepada pemilik pasukan Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Saya berasa seperti di tempat sendiri, dan saya sangat gembira apabila takdir membawa saya ke kelab ini. Kelab kami ini sangat istimewa. Boss (DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim) sentiasa memberi motivasi kepada pasukan untuk memenangi setiap perlawanan dan sentiasa menjadi yang pertama.

“Baginda mencipta keadaan yang selesa buat semua pemain dalam segala-galanya seperti hidup, latihan dan perlawanan. Atas sebab ini, kami perlu membalas jasa Baginda dengan beraksi cemerlang. Ini adalah asas kepada bola sepak.

“Pada 2020, Baginda telah menyewa kereta berprestasi tinggi untuk kami pemain seperti Ferrari, Lamborghini dan jenama-jenama yang lain. Kami memandunya ke latihan dan perlawanan. Bagi saya, ianya seperti setiap impian kanak-kanak. Dalam masa yang sama, tiada seorang pun yang lupa tujuan kami ke Dubai adalah untuk bersedia bagi menghadapi musim baharu iaitu objektif utama kami.”

“Tanggungjawab kami sangat besar. Tetapi sejujurnya, saya suka tekanan seperti ini. Anda tidak boleh membenarkan diri anda untuk berehat walau sesaat. Anda sentiasa diminta untuk mempunyai permainan yang lebih baik, keputusan yang lebih baik dan semestinya, trofi,” katanya.

Sepanjang bersama JDT, Mauricio telah menjulang empat trofi iaitu Liga Super sebanyak tiga kali dan Piala Malaysia sekali. Dia juga pernah menjulang Piala Sumbangsih sebanyak tiga kali.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.