“Kenapa saya dikatakan perosak, sedangkan orang lain yang buat hal?” – TMJ

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Johor Darul Takzim (JDT) diketahui pasukan yang paling berjaya buat masa ini dalam kancah bolasepak tempatan.

Sesiapa yang tidak bersetuju, bolehlah dikatakan sebagai tidak dapat menerima kebenaran dan berada dalam denial mode.

Namun, kejayaan JDT mendominasi kancah Liga Malaysia seringkali dikaitkan dengan faktor kuasa wang ringgit dan dakwaan-dakwaan sinis yang lain.

Tidak kurang, tanggapan bahawa tindakan JDT ‘memborong’ semua pemain terbaik dalam negara dengan tawaran gaji tinggi merosakkan nilai pasaran pemain seterusnya menjadikan Liga Malaysia sebagai tidak kompeten.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tampil menjawab dakwaan tersebut menerusi sesi bual bicara di instagram.

“Sebagai pemilik JDT, apa amanah dan tanggungjawab saya? Kejayaan JDT, betul? Zamsaham pemilik Kelantan, apa amanah dan tanggungjawab dia? Keutamaan dia adalah kejayaan pasukan Kelantan. Begitu juga keutamaan DYTM Raja Muda Selangor iaitu kejayaan pasukan Selangor.

“Oleh itu, apa sahaja keutamaan dalam hal strategi baik dari segi komersial, pembelian pemain atau pun akademi, itu adalah tanggungjawab kami.

“Apabila ada peluang contohnya seperti Bayern Munich, yang membeli pemain dari pasukan lawan kerana keutamaan mereka adalah kejayaan kelab. Saya di sini bukan untuk menjaga semua kelab atau pasukan dalam Malaysia, tanggungjawab saya adalah JDT.

“Jikalau strategi itu adalah memerlukan saya membeli pemain demi memperkuatkan pasukan saya, maka saya akan beli pemain itu. Jikalau perlu untuk ‘develop’ pemain, maka saya akan ‘develop’ pemain. Pada akhirnya sebagai pemilik kelab, tanggungjawab saya adalah kepada JDT.

“Ada yang kata saya ‘spoilt’ Liga M tetapi sebaliknya ada empat lima pasukan yang tidak membayar gaji pemain, jadi siapa sebenarnya yang ‘spoilt’ Liga M? Sekiranya pasukan lain tidak membayar gaji, tidak menjaga kebajikan pemain, kenapa pula saya yang dikatakan merosakkan Liga Malaysia?

“Saya berbelanja ikut kemampuan saya, maka pasukan lawan saya juga perlu berbelanja mengikut kemampuan mereka. Jikalau pengurusan tidak membayar gaji, salah menguruskan, itu adalah kegagalan mereka bukan saya.

“Sebaliknya saya menyelamatkan pemain (yang tidak mendapat gaji). Anda boleh tanya Presiden PFAM, berapa banyak kes pemain tidak dibayar gaji setiap kali hari raya, dan siapa yang memberi sumbangan?”, kata Tunku Ismail.

Sebagai rekod, sejak Tunku Ismail mengambil alih pucuk pimpinan skuad Harimau Selatan pada 2012, pasukan itu telah memenangi tujuh trofi Liga Super berturut-turut bermula 2014, sekali menjulang Piala FA dan dua kali menjulang Piala Malaysia.

Tidak lupa kejayaan bersejarah menjulang Piala AFC pada 2015.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.