Kisah Mesut Ozil tidak mendapat tempat di dalam skuad Arsenal di sebalik hakikat bahawa dia adalah penerima gaji tertinggi di kelab itu merupakan perkara diketahui umum.
Pada mulanya dia hanya disisihkan oleh Unai Emery tetapi kemudiannya kembali ke dalam skuad apabila Mikel Arteta dilantik sebagai pengurus.
Begitupun semuanya berubah selepas serangan Covid-19 yang memaksa liga ditangguhkan beberapa bulan, di mana Mikel Arteta pula membuat keputusan menyisihkannya.
Selain masalah atitud, keengganan pemain itu untuk menerima pemotongan gaji ketika diminta berbuat demikian sepanjang penangguhan liga dikaitkan sebagai sebab pemain itu dipinggirkan.
Bukan sahaja tidak bersetuju dengan pemotongan gaji, tetapi Mesut Ozil juga mengkritik pengurusan tertinggi kelab dengan melabel mereka sebagai tidak menggunakan cara betul untuk menangani krisis.
Menurut Ozil dilaporkan DailyMail, “Tidak banyak maklumat diberikan, banyak soalan tidak terjawab. Semua termasuk saya ok untuk pemotongan gaji jika kedudukan kewangan pasukan ditunjukkan secara jelas, pemain perlu tahu ke mana duit itu akan pergi tetapi kita didesak tanpa rundingan yang betul.
“Tiada penerangan, kita diminta memberi keputusan bahawa bersetuju. Keputusan perlu segera diberikan dan pemain-pemain ditekan kiri kanan, adakah ia betul? Ia tidak adil terutama buat pemain muda, sebab itu saya menolak.
“Dan jika tengok apa berlaku hari ini, 55 staff diberhentikan, mungkin tindakan saya itu tepat.”
ARTETA TEMBAK BALIK OZIL
Ini pula kenyataan balas oleh Mikel Arteta berhubung kenyataan Mesut Ozil itu.
“Untuk mengatakan pemain tidak diberikan maklumat adalah tidak tepat. Kelab telah membuat penilaian secara mendalam tentang bagaimana mereka mahu melaksanakan penstrukturan semula kewangan untuk menjadi lebih stabil di masa hadapan.
“Setiap apa yang mereka (pengurusan) bentangkan kepada kami adalah meyakinkan dan ia (pemotongan gaji) adalah keputusan tepat yang perlu dilaksanakan.
“Semua pemain gembira untuk menyumbang kepada kestabilan kewangan kelab pada waktu yang sukar ini. Betul pemain perlu mendapat maklumat jelas, tetapi ia tidak bermakna setiap keputusan dibuat kelab perlu terlebih dahulu mendengar pandangan mereka, ia tidak boleh begitu.
“Jika keputusan itu tepat maka ia perlu diambil dan pada akhirnya ia bukanlah satu kemestian, tetapi ia adalah pilihan untuk anda bersetuju atau tidak.
“Sebagai manusia berbudi, kita cuba untuk melakukan sesuatu yang betul untuk membantu kelab yang selama ini telah menyokong kita. Umpamanya dalam kes saya, atau juga kes pemain lain sama ada ketika cedera, sakit, demam, beraksi baik atau tidak baik. Pernah tanya tak kenapa kelab tak potong gaji ketika tak perform?
“Kami semua percaya ia adalah satu benda betul untuk dibuat agar kelab boleh terus berjuang dalam keadaan kewangan stabil dan positif.”
Apa yang pasti, sudah tiada tempat buat Mesut Ozil di dalam skuad Arsenal meskipun dia berkontrak sehingga tamat musim 2021.
Sumber : dailymail.co.uk