Khairul Fahmi suka layan filem aksi Tamil, Hindi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas kapten pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui dia merupakan peminat setia filem india; sama ada ianya filem Kolywood (Tamil), Tollywood (Telugu) atau Bollywood (Hindi).

Selain menghayati babak lagu dan tarian yang sememangnya babak ‘wajib’ dalam mana-mana filem india malah sentiasa menjadi siulan peminat di Malaysia, Khairul Fahmi atau Apek juga mendedahkan dia suka menonton filem bergenre aksi.

“Saya suka babak aksi kerana ia menghiburkan untuk melihat mereka membelasah penjahat dengan bergaya. Walaupun kadang-kadang aksi itu melampau, mengarut dan tidak masuk akal, saya suka layan, ia menyeronokkan.

“Lagipun filem-filem ini kadang-kadang membantu untuk saya kekal bermotivasi, kerana banyak filem-filem tamil, telugu atau hindi mengetengahkan pengajaran dan mesej sosial yang berguna,” kata penjaga gol Melaka United itu, dipetik dari The Star Online.

Sementara itu, Khairul Fahmi berkata dia cukup menghargai masa bersama keluarga sepanjang penangguhan liga sejak 16 Mac lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Lebih banyak masa bersama keluarga, membolehkan saya membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, membantu isteri membuat pembungkusan barangan kecantikan miliknya, selain turut terlibat dengan perniagaan gula melaka bermula bulan ini.”

Khairul Fahmi mencipta nama bersama Kelantan, membantu pasukan itu menjulang semua kejuaraan domestik termasuklah treble bersejarah pada 2012 sebelum berhijrah ke Melaka United pada 2018. Dia juga merupakan penjaga gol yang paling lama menyarung jersi kebangsaan, bermula 2010 hingga 2018, menjulang Piala AFF Suzuki dan memenangi pingat emas Sukan SEA (skuad B-23) dalam tempoh itu.

Foto : NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.