Khalid Ali : “Kalau 30 Minit, Saya Pun Boleh Main Balik”

Khalid Ali
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

FIFA dilaporkan sedang membuat penilaian terhadap beberapa peraturan baru yang mahu diperkenalkan untuk merevolusikan permainan bolasepak menerusi Kejohanan The Future Football Cup.

Antara peraturan baru yang diuji FIFA adalah tiada had pertukaran pemain, lima minit penggantungan jika menerima kad kuning, masa permainan berhenti jika bola keluar dari permainan, 30 minit untuk setiap separuh masa dan lontaran ke dalam dibuat menggunakan kaki.

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menyambut baik reformasi yang mahu dilakukan oleh FIFA untuk menjadikan bolasepak lebih menarik untuk dimainkan terutama cadangan mengenai tiada had pertukaran pemain dan masa permainan berhenti jika bola keluar dari permainan.

“Perbelanjaan dalam sebuah pasukan tinggi dan semua pemain dibayar jadi cadangan itu (tiada had pertukaran) cukup baik kerana ia boleh beri peluang kepada semua pemain beraksi dan tidak hanya tertumpu kepada tiga atau lima pemain sahaja.

“Bila semua pemain dapat main, sekurang-kurangnya pemain yang dibayar itu dapat bekerja dalam padang untuk sama-sama mengerah tenaga mencari kemenangan.

“Kalau tidak pemain simpanan ini akan bermain sebagai sparring partner saja sedangkan kemampuan pemain utama dan simpanan tidak jauh beza, mungkin cuma 10 hingga 20 peratus sahaja.

“Menghentikan waktu permainan ketika bola di luar kawasan juga baik kerana sebelum ini banyak pasukan suka melambat-lambatkan permainan disebabkan mendahului dan sebagainya. Sepatutnya peraturan ini kena guna dari dulu lagi macam sukan hoki,” kata Khalid Ali kepada Arena Metro.

Baca : Khalid Ali tak selera tengok jurulatih pakai jeans, minta MFL tegur
Baca : “Jangan sembang pasal DNA Jerman dengan saya”, tegas Khalid Ali

Bagaimanapun ada dua cadangan yang tidak dipersetujui Khalid Ali, iaitu 30 minit untuk setiap separuh masa dan lontaran ke dalam dibuat menggunakan kaki.

Menurut Khalid Ali yang membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, “Kalau nak pendekkan main 30 minit setiap babak, dah macam perlawanan pemain veteran. Kalau macam itu saya pun boleh main bola semula, bekas pemain nampaknya boleh main balik.

“Biasanya pemain profesional boleh bertahan selama sejam dalam setiap babak, jadi saya rasa tak perlu dipendekkan waktu permainan itu.

“Begitu juga dengan lontaran menggunakan kaki yang saya lihat akan menghilangkan seni dalam bola sepak. Keunikan bola sepak salah satunya lontaran ke dalam di mana ada sesetengah pemain mampu membuat lontaran jauh ke tengah padang,” ujarnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.