Khalid Jamlus akui ditipu pembida kasut emas

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas penyerang kebangsaan Khalid Jamlus mendedahkan beliau ditipu pembida yang mahu mendapatkan kasut emasnya sebelum ini, sehingga memaksa dia membuka bidaan sekali lagi.

Kira-kira tiga minggu lalu kisah Khalid Jamlus mahu melepaskan kasut emas yang dimenanginya pada 2002 ketika membantu Perak menjuarai Liga Perdana Satu itu dengan harga RM10,100 demi kelangsungan hidup menjadi viral.

Dia juga telah menjual pelbagai koleksi peribadi lain seperti medal, jersi dan jaket. Baca : Khalid Jamlus – tanyalah mereka kenapa bekas pemain kebangsaan ada lesen nak jadi assistant coach pun tak dapat?

Ketika pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal, Khalid Jamlus mendedahkan bahawa bidaan untuk kasut emas telah mencecah lebih RM40,000 di mana terdapat dua pembida iaitu seorang dari Sabah dan seorang lagi dari pantai timur.

“Ada individu yang cuba main-main apabila membida sebelum ini, jadi sebab itulah saya buka bidaan sekali lagi,” ujar pemain yang membantu Malaysia menduduki tempat ketiga Piala Tiger 2004 itu.

Bagaimanapun, Khalid Jamlus tidak perlu menunggu lama untuk mendapat pembida baru, di mana dia mengesahkan seseorang bernama Tuah Nice telah bersetuju untuk mendapatkan kasutnya itu dengan harga RM99,999.

“Individu terbabit hanya mahu dikenali sebagai Tuah Nice dan dia kini berada di luar negara (Australia). Dia menghubungi saya dan mengatakan ‘Khalid, saya mahu but itu dan katakan sahaja berapa harganya.’

“Saya letakkan harganya dan dia bersetuju dengan apa yang saya minta. Dia menyokong saya dan mahu kasut itu pada harga seperti yang dinyatakan.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan Tuah tetapi saya percaya kepada dia. Jadi sekarang saya cuma tunggu dia balik ke sini untuk mengambil kasut ini,” kata Khalid Jamlus dalam sesi bertemu peminat di Cafe Bonda Country Heights Bangi pada Sabtu.

Semoga urusan Khalid Jamlus dipermudahkan, dan diharap tidak menjadi mangsa ‘janji palsu’ sekali lagi.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.