Khalid Jamlus : “Korang Takut Sangat Nak Bagi Aku Peluang Kenapa?”

Khalid Jamlus
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

‘Seorang pemain yang baik tidak semestinya boleh menjadi jurulatih yang baik’ – itu ungkapan yang selalu kita dengar.

Namun jangan sesekali membuat kesimpulan pemain itu tidak boleh menjadi jurulatih yang baik tanpa memberikannya peluang untuk membuktikan kredibiliti terlebih dahulu, demikian tegas bekas penyerang kebangsaan Khalid Jamlus.

Reaksi Khalid Jamlus itu ditujukan kepada penyokong pasukan Perak FC yang meragui dia boleh menjadi seorang jurulatih yang bagus jika diberi peluang untuk berada dalam barisan kejurulatihan pasukan itu.

Terdahulu, rata-rata penyokong The Bos Gaurus yang kecewa dengan prestasi buruk pasukan kesayangan mereka dalam Liga Super melaungkan supaya pihak pengurusan menukar khidmat jurulatih Chong Yee Fatt sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Terdapat penyokong yang mungkin secara bergurau memetik nama Khalid Jamlus di media sosial dan ia mendapat respon yang pelbagai sama ada positif mahupun negatif.

Ada yang mengatakan pemenang kasut emas Liga Perdana Satu 2002 itu kekurangan pengalaman, tidak mempunyai lesen A serta tidak semestinya boleh berjaya sebagai jurulatih dan ini jawapan sinikal dari Khalid Jamlus.

“Tak yah petik nama aku, aku tak layak jadi coach Perak, bersepah kat Perak tengah tunggu jer untuk digantikan. Betul, kalau bagus jadi pemain belum tentu bagus jadi coach. Sebab pengalaman aku kurang, hanya dengan Sime Darby dan PDRM jer (penolong jurulatih), peluang nak belajar pun tak dapat.

“Tapi tak semestinya aku tak boleh jadi jurulatih yang bagus, kalau tak beri aku peluang, bagaimana nak buktikan LAYAK ATAU TAK, macam mana aku nak belajar? Korang takut sangat nak bagi aku peluang kenapa?” soal Khalid Jamlus yang menoktahkan karier pada tahun 2011 dengan Kelantan FC menjadi pasukan terakhir diwakilinya.

Khalid Jamlus turut memberitahu untuk dipandang rendah bukanlah sesuatu yang baru baginya kerana ketika zamannya sebagai pemain, dia melalui situasi sama di mana dia dikritik hebat tetapi pada akhirnya bangkit membuktikan reputasinya sebagai salah seorang penyerang terbaik tempatan.

“Aku dikutuk dihina dikecam oleh siapa, penyokong Perak sendiri, korang ingat aku koyak? Tak, caranya aku letak bola dalam jaring, aku sendiri belajar, aku kuatkan mental aku yang nak reput tu dengan berlatih bersungguh-sungguh. Aku nak pastikan aku bawa balik piala tu ke Perak, ada korang tahu semua tu?.”

Komen Khalid Jamlus Khalid Jamlus : "Korang Takut Sangat Nak Bagi Aku Peluang Kenapa?"

Apa kata penyokong Perak FC, adakah sudah tiba masanya rombakan terhadap barisan kejurulatihan dibuat dan legenda anda ini direkrut sebagai salah seorang staff kejurulatihan bagi membolehkannya mendalami lagi ilmu kejurulatihan?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.