Khalid Jamlus Tawar Khidmat Percuma Kepada Perak FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sedih melihat situasi semasa dialami pasukan Perak FC kesayangannya yang kini mengharungi fasa sukar dan berdepan kemungkinan tersingkir daripada Liga Super buat pertama kali, Khalid Jamlus menyatakan kesudian untuk membantu mereka bangkit semula dalam baki perlawanan.

“Kepada Perak FC, saya sudi menurunkan ilmu kepada pemain-pemain penyerang Perak untuk baki perlawanan yang ada secara percuma. Saya mahu Perak kembali berada dalam landasan, saya akan bantu dengan penuh keikhlasan,” ujar Khalid Jamlus yang menyarung jersi Perak FC sebanyak dua kali dari 1999-2004 dan 2007-2008.

Sepanjang bersama Perak FC, Khalid Jamlus yang kini berusia 44 tahun membantu mereka menjulang Liga Perdana Satu dua kali pada 2002 dan 2003; Piala Malaysia pada tahun 2000 dan Piala FA 2004.

Malah dia turut muncul sebagai pemenang kasut emas penjaring terbanyak Liga Perdana Satu 2002 – kasut yang dilelongnya pada tahun lalu demi kelangsungan hidup, dan kemudiannya telah dibeli oleh Sultan Selangor.

Baca : Khalid Jamlus lepaskan kasut emas dengan harga RM10,100 demi survival

Sebagai rekod, selepas bersara sebagai pemain Khalid Jamlus telah terlibat dalan bidang kejurulatihan di mana dia pernah menabur bakti sebagai penolong jurulatih bersama Sime Darby dan PDRM FC.

Begitupun dia menyatakan ketiadaan peluang serta pandangan skeptikal bahawa tidak semua pemain yang bagus boleh menjadi jurulatih yang bagus menyebabkan sukar untuknya mendalami ilmu dan mengembangkan karier kejurulatihan ke tahap lebih tinggi.

Baca : Korang takut sangat nak bagi aku peluang kenapa?

Baca : Tanyalah mereka, kenapa bekas pemain kebangsaan ada lesen nak jadi assistant coach pun tak dapat?

Arena bolasepak Perak melalui musim paling suram pada tahun ini, di mana mereka telah mengalami sembilan kekalahan dalam 16 perlawanan – terbaru tumbang 0-5 kepada Johor Darul Takzim pada Ahad sekaligus menyebabkan mereka ketika ini kekal menghuni tangga kedua tercorot dengan hanya 13 mata.

Skuad kendalian Chong Yee Fatt tiada pilihan selain menang baki aksi jika tidak mahu tahun 2021 tercatat sebagai detik hitam dalam sejarah bolasepak mereka.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.