Khalil Khamis terselamat dalam kejadian letupan, tetapi tiada khabar berita

A tussle for the ball between PJ City FC's Washington Brandao Dos Santos (left) and Pahang's Khamis Khalil during their Super League match at Uitm Stadium in Shah Alam last night. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. March 6, 2020.
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pahang nampaknya terpaksa melupakan terus hajat menggunakan pertahanan import dari Lubnan, Khalil Khamis dalam baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain itu masih belum melapor diri di kem latihan setelah gagal mendapat lampu hijau untuk pulang ke Malaysia berikutan kerajaan Lubnan menyekat rakyatnya keluar dari negara itu.

Ditambah pula dengan tragedi letupan yang berlaku di ibu kota Beirut, Lubnan pada minggu lalu pastinya menyukarkan lagi peluang Khalil Khamis untuk pulang ke Malaysia.

Menurut ketua jurulatih Pahang, beliau sudah lama tidak mendengar khabar berita daripada Khalil Khamis tetapi hanya mengetahui bahawa pemain itu terselamat daripada letupan yang telah mengorbankan puluhan penduduk dan mencederakan puluhan ribu orang itu.

“Memang sekarang saya kena terima hakikat bahawa Khalil tidak akan bersama pasukan dan kita tunggu sahaja status pemain itu macam mana selepas ini.

“Saya pun sudah lama tidak dengar apa-apa berita mengenai Khalil dan kita pun ada bertanya juga, cuma apa yang saya tahu dia memang tidak dapat pulang lagi ke Malaysia, cuma pemain import dari Filipina, Adam Reed dapat juga kembali bersama pasukan.

“Memang pening sikit nak persiapkan pasukan ini apabila Khalil pun tiada, Muslim Ahmad pula masih cedera dan sekarang saya banyak menggunakan pemain muda sebab nak taknak, kita kena gunakan pemain-pemain yang ada ini untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini,” jelasnya.

Terdahulu, Dollah telah menguji pemainnya dalam aksi persahabatan pertama menentang Terengganu FC II yang mana mereka tewas 0-3 di Stadium Darulmakmur.

Namun, bekas pengendali skuad kebangsaan itu enggan prestasi pasukan hanya dinilai atas dasar perlawanan persahabatan sambil menegaskan beliau tidak mementingkan keputusan, tetapi menitikberatkan tahap keserasian yang dapat dibentuk antara pemain muda dan senior di atas padang.

“Harapan saya mestilah ingin menang dalam setiap perlawanan sebaik sahaja saingan bermula, tetapi macam saya cakap, beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan.

“Walaupun tewas 3-0 kepada pasukan Liga Premier, tetapi saya harap janganlah membandingkan prestasi pasukan kepada keputusan yang diraih itu kerana saya ingin memberi peluang kepada semua pemain tidak kira senior atau pun pemain muda.

“Kalah atau menang tidak penting dalam aksi persahabatan ini kerana yang penting adalah bagaimana pemain-pemain itu mencari keserasian dalam keadaan ketiadaan beberapa tonggak utama ini”, tambahnya.

Pahang akan membuka tirai aksi dengan menentang pendahulu liga JDT di laman sendiri pada 26 Ogos.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.