Kim Swee Tidak Setuju Jika Kim Pan-gon Bawa Skuad B-23

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee berkongsi pendapat beliau mengenai pelantikan ketua jurulatih baru skuad B-23 kebangsaan.

Selepas Brad Maloney mengosongkan jawatan itu susulan kegagalan demi kegagalan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencari pengganti mengisi tempatnya.

Beberapa nama mula dikaitkan antaranya E.Elavarasan, Pau Marti, Nafuzi Zain, Nizam Jamil malah ada juga cadangan Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilantik supaya membawa kedua-dua pasukan senior dan B-23 sepertimana dilakukan Vietnam contohnya.

Bagi Ong Kim Swee yang merupakan bekas jurulatih kebangsaan dan Pengarah Teknikal FAM, beliau tidak menganggap ia cadangan yang baik.

“Sebabnya, sekiranya individu dilantik itu mempunyai dua jawatan, saya berasakan ia akan merencatkan persiapan Malaysia menjelang Piala Asia nanti.

“Malah bukan itu sahaja, skuad B-23 negara juga mempunyai tugas besar pada tahun depan iaitu Sukan Asia dan kelayakan Sukan Olimpik 2024.

“Jadi saya rasa lebih elok kita lantik seorang jurulatih baharu yang tidak terlibat dalam mana-mana pasukan kebangsaan ketika ini, supaya mereka akan lebih fokus dalam melakukan kerja mereka,” katanya kepada Sukan Sinar.

Tambahnya lagi, “Bagi saya, apa yang penting sekarang, individu dilantik kelak itu perlulah mempunyai falsafah bola sepak yang sama dengan Pan-gon gunakan ketika ini. Mereka juga perlu ada kerjasama yang baik.

“Ini kerana apabila individu itu ada kerjasama baik, kongsi falsafah bola sepak yang sama, saya rasa kita akan dapat meneruskan kesinambungan antara pemain muda dan senior negara.

“Justeru saya berpendapat, eloklah sekiranya FAM melibatkan ketua jurulatih baharu skuad B-23. Ini kerana segala pendapat dan pandangan yang diberikan perlu diambil kira.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.