‘Kisah saya dan Dhabitah kisah lama’ – Azhar Apandi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain pertahanan Perak FC, Azhar Apandi meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri.

Hubungan antara Azhar dan Nur Dhabitah yang baru sahaja pulang dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 kembali diperkatakan selepas pendedahan Dhabitah mengenai hubungan mereka dalam satu temuramah tidak lama dulu diviralkan semula oleh beberapa portal hiburan.

“Kepada semua peminat, saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), ‘so pless’ laa hormat saya dengan si dia okay. Harap korang semua faham okay. Love u guys,” kata pemain Perak FC itu yang dipinjamkan dari KL City.

Nur Dhabitah baru-baru membuat penampilan membanggakan di temasya Olimpik 2020, walaupun gagal menyumbang pingat namun atlet berasal dari Kuala Lumpur itu menempatkan diri dalam kelompok empat teratas acara 3m papan anjal.

Pencapaian itu sekaligus membuatkan Dhabitah tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dan menitiskan airmata.

Menurut Dhabitah, ia pencapaian yang sama sekali tidak disangka, memandangkan dia bertandang ke Tokyo dengan hampir hilang keyakinan diri.

“Saya tak sedih (terlepas gangsa) sebab itu adat permainan, malah saya sangat gembira, berbangga dengan diri, jurulatih saya pun berpuas hati. Bagi saya, sasaran di sini adalah untuk masuk ke final, saya masih muda dan saya tahu perjalanan saya masih jauh, orang panggil sebagai permulaan.

“Anda tak dapat bawa balik pingat, tapi anda mesti dapat bawa balik sesuatu, seperti pengalaman. Ini salah satu dari pengalaman. Jadi saya tak rasa saya balik kosong, saya balik dengan sesuatu.

“Saya menangis (ketika temuramah) bukan sebab saya sedih tak menang, tapi saya benar-benar bangga dengan diri saya (dapat menyaingi penerjun elit dunia) kerana sebelum ini berdepan situasi sukar, mengharungi pelbagai cabaran, tak dapat berlatih, persiapan terganggu, berpisah hampir setahun dengan keluarga, hingga hilang keyakinan diri.

“Malah, sebelum ke Olimpik Tokyo juga saya tidak pasti dengan diri namun dapat tempat keempat sememangnya saya bangga dengan diri. Terjunan saya konsisten, saya memberikan yang terbaik saya mampu,” kata Dhabitah.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.