KL City Berpotensi Dikenakan ‘Transfer Ban’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

KL City FC mempunyai tempoh dua minggu iaitu sehingga 9 April depan untuk melangsaikan tuntutan lebih RM195,000 daripada Simon Elissetche, atau berdepan kemungkinan dikenakan ‘transfer ban’ (sekatan pendaftaran pemain baru) oleh FIFA.

KL City bakal menjadi mangsa walaupun isu antara Elissetche adalah dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) – ini kerana KL City dianggap sebagai sporting successor kepada badan induk itu.

Perkara itu didedahkan peguam kepada Elissetche, Zhafri Aminurashid menerusi laporan disiarkan Arena Metro.

“Kami merujuk kepada alasan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) Badan Status Pemain (PSC) bertarikh 11 Januari 2022 yang sudah diserahkan oleh Fifa pada 3 Mac 2022 untuk perhatian dan pembayaran segera pihak yang terbabit.

“KL City FC hendaklah membayar kepada Elissetche untuk perkara seperti elaun tiket penerbangan, elaun rumah, tunggakan gaji untuk dua bulan beserta faedah dan pampasan pemecahan pemecahan kontrak tanpa alasan munasabah beserta faedah.

“Jika gagal dilunaskan sebelum atau pada 9 April, KL City FC akan digantung daripada mendaftarkan pemain asing dan tempatan baharu bagi tiga tempoh pendaftaran pemain secara berturutan.

“Selepas selesai (penggantungan) tiga tempoh pendaftaran terbabit, perkara ini akan dibawa kepada Jawatankusa Disiplin Fifa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebagai rekod, Simon Elissetche diumumkan sebagai ketua jurulatih KL City pada Disember 2020 dan telah menandatangani kontrak dengan KLFA, tetapi kemudian dibatalkan kontrak dengan alasan lesen kejurulatihannya tak diiktiraf AFC.

KL City kemudian melantik Bojan Hodak sebagai ketua jurulatih.

Situasi itu telah mendorongnya untuk memfailkan saman RM3.5 juta sebagai pampasan penamatan kontrak tanpa alasan munasabah dan tuntutan sivil kerana mencemarkan nama dengan tuduhan palsu sehingga menjejaskan karier kejurulatihannya di mana terdapat pasukan yang ragu-ragu untuk menggunakan khidmatnya.

Simon Elissetche bagaimanapun telah memberi talian hayat kepada KLFA untuk berunding dan menyelesaikan kes di luar mahkamah tetapi kecewa mereka hanya buat senyap selepas duduk berbincang lantas tidak ada jalan penyelesaian dicapai.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustafa ketika itu berkata mereka lebih rela disaman oleh FIFA berbanding tunduk kepada tuntutan Ellisetche.

“Ada beberapa tuntutan tidak dapat kami penuhi menyebabkan beliau mengambil tindakan membawa kes ke FIFA. Kami tidak mempunyai masalah jika dia nak teruskan saman dan terpulang kepadanya untuk mengambil tindakan. Kita tengok apa yang berlaku,” katanya ketika itu.

Berita Berkaitan : Nokman Rela KLFA Kena Saman Berbanding Tunduk Kepada Tuntutan Elissetche

Ketika isu ini mula-mula timbul, Nokman pernah memberitahu bahawa tindakan Simon Elissetche yang juga bekas ketua jurulatih Timor Leste mahu menyaman persatuan itu adalah tidak betul dan terburu-buru.

Dia juga menafikan KLFA menolak jurulatih itu sebaliknya menjadikan alasan penswastaan pasukan sebagai punca tidak dapat teruskan dengan perancangan menggunakan khidmatnya.

Menurutnya lagi jika Simon datang berbincang mungkin mereka boleh menawarkannya jawatan lain seperti Pengarah Teknikal atau jurulatih skuad B-21.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.