Klopp kelakar, dia sendiri belanja besar untuk jadi juara, ada hati nak sindir Chelsea

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengurus Chelsea, Frank Lampard tidak menunggu lama untuk membalas sindiran rakan sejawatnya di Liverpool, Jurgen Klopp.

Beberapa hari lalu, Jurgen Klopp berkata pasukan itu tidak boleh menjadi seperti Chelsea di pasaran perpindahan.

Kenyataan itu merujuk kepada perbelanjaan besar Chelsea yang menghabiskan lebih  £200 juta untuk membawa masuk pemain baru bagi musim baru Liga Perdana Inggeris.

Lampard telah membeli Hakim Ziyech (£33.3 juta); Timo Werner (£48 juta); Kai Havertz (£71 juta); Ben Chilwell ( £45 juta) dan mendapatkan Thiago Silva secara percuma.

Urusniaga di pasaran perpindahan bagaimanapun belum berakhir dengan mereka masih sedang cuba memancing penjaga gol baru.

Secara kontra, Liverpool yang muncul juara EPL musim 2019/2020 hanya membawa masuk seorang pemain iaitu Kostas Tsimikas dengan harga  £11.7 juta.

Menurut Jurgen Klopp, Liverpool tidak perlu meniru pasukan pencabar mereka untuk menjadi kuat dan akan kekal begini.

Malah dia menyindir Chelsea dengan mengatakan impak disebabkan oleh Covid-19 menjadi tidak penting bagi sesetengah kelab yang berbelanja tanpa memikirkan mengenai masa depan yang tidak menentu.

”Kami mara ke final Liga Juara-Juara sejak dua musim lalu dan menjuarainya setahun kemudian dan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL)) musim lalu dengan cara dan apa yang kami ada.

”Kami tidak boleh mengubahnya dalam satu malam dan berkata kami sekarang mahu menjadi seperti Chelsea. Mereka telah membawa ramai pemain baharu tetapi mereka juga perlu cergas bersama secepat mungkin, ia bukan hanya membawa masuk kualiti.

KENYATAAN BALAS PADU LAMPARD

Ini pula kenyataan balas Lampard.

“Saya tidak terkesan dengan kenyataan Klopp cuma sedikit geli hati. Selama hampir lima tahun Klopp berada di Liverpool dia telah berjaya dapatkan pemain yang betul untuk bawa kelab ke tahap mereka berada sekarang.

“Lihat sahaja pemain yang masuk ke Liverpool selepas Klopp masuk – (Virgil) Van Dijk, Fabinho, Allison (Becker), (Naby) Keita, (Sadio) Mane, (Mohamed) Salah –  mereka pemain yang menakjubkan, tidak datang dengan percuma tetapi dengan harga yang cukup mahal.

“Satu-satunya perkara bijak yang Liverpool buat adalah tidak mengharapkan keajaiban sekelip mata dan percaya kepada Klopp serta sistem untuk bertahun dan ia akhirnya menjadi kisah yang hebat buat mereka. Tetapi kisah ini telah menyaksikan banyak duit telah dibelanjakan.

“Van Dijk datang dengan harga rekod perpindahan kelab manakala Allison adalah salah seorang penjaga gol termahal dunia.

“Mana-mana pasukan akan berbelanja untuk bangkit menjadi lebih baik dan kami keluar daripada penggantungan untuk berbelanja kerana mahu menjadi lebih baik.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.