Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuat pendedahan mengejutkan bahawa Mohamadou Sumareh akan menyertai Selangor pada musim depan dengan tawaran gaji lumayan lebih daripada RM70,000.

Pendedahan itu disertakan dengan bukti perbualan Sumareh dan juga Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon dan juga Pengarah Teknikal FAS Michael Feichtenbeiner.

Turut didedahkan adalah kontrak yang ditawarkan kepada pemain naturalisasi itu, di mana FAS menawarkan Sumareh USD17,ooo sebulan tidak termasuk bonus dan elaun tambahan yang lain.

Kontrak Sumareh 1 Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

Kontrak Sumareh 2 Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

Kontrak Sumareh 3 Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

Kontrak Sumareh 4 Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

Kontrak Sumareh 5 Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

Kontrak Sumareh 6 Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

KOntrak Sumareh 7 Kontrak Sumareh bersama Selangor lebih RM70k, pendedahan mengejutkan TMJ

 

Berdasarkan perbualan whatssap yang didedahkan, pemain itu mahu USD 20,000 dan Johan Kamal berkata FAS akan mempertimbangkannya dan ianya diyakini kontrak telah ditandatangani antara kedua pihak sebelum pemain itu berangkat ke Bangkok untuk bersama Police Tero FC.

Ia adalah kontrak dua tahun yang akan berkuatkuasa bermula Januari 2021 – 2023, dan di dalam kontrak itu turut dinyatakan bahawa klausa pelepasan Sumareh ditetapkan sebanyak RM3 juta, di mana dia akan mendapat 20 peratus daripada jumlah itu jika klausa diaktifkan mana-mana pasukan.

Ini sekaligus menutup spekulasi kononnya JDT adalah pasukan yang ‘meracun’ Sumareh sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Pahang, dengan membatalkan kontrak secara sebelah pihak.

Selepas membuat pendedahan itu, Tunku Ismail menulis, “Lain kali jangan salahkan JDT.”

Sebagai rekod, Sumareh mencetus kontroversi apabila hilang dari kem latihan Pahang selama lebih sebulan dan kemudiannya menamatkan kontrak dengan pasukan itu secara sebelah pihak atas alasan tunggakan gaji.

Dia dikatakan mengaktifkan klausa 8.7 di dalam kontrak yang membenarkannya membatalkan kontrak jika tidak menerima gaji lebih daripada sekali.

Walaupun dia mempunyai hak berbuat demikian, namun cara dia meninggalkan Pahang tanpa memaklumkan pengurusan dilabel sebagai tidak profesional malah PBNP turut menyelar pemain berasal dari Gambia itu sebagai tidak mengenang budi.

Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman turut menyatakan kekecewaan dengan tindakan pemain itu dalam masa sama menegaskan dakwaan gajinya tertunggak adalah tidak benar, dan mahu pemain itu dihukum sewajarnya oleh AFC dan FIFA.

Menjadikan keadaan lebih tegang, belumpun pertikaian status kontrak antara Sumareh dan PBNP reda, dia kemudian mengumumkan telah menyertai Police Tero FC sehingga akhir tahun.

Terdapat pandangan daripada pelbagai pihak bahawa dia menyertai Police Tero hanyalah sebagai persinggahan, di mana nama JDT mula dikaitkan dan akhirnya memang betul ianya adalah persinggahan sementara, namun destinasi ditujunya bukan selatan tanah air, tetapi Selangor.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.