Kuala Lumpur tawar Felda United atau UKM FC jadi ‘feeder team’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kemelut yang dihadapi dua pasukan Felda United dan juga UKM FC nampaknya sedang dipantau dengan cukup teliti oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur.

Felda United masih belum memberi kata putus berhubung status mereka musim depan walaupun telah lulus lesen kebangsaan dan AFC, selepas menyatakan hasrat mahu menarik diri dari Liga Malaysia 2021.

Jika pasukan itu kekal beraksi, mereka akan bermain dalam saingan Liga Premier musim depan selepas menamatkan Liga Super 2020 di kedudukan dua tercorot.

Baca : Felda United tak jadi tarik diri, akan kembali dengan nama baru

Baca : FAM perlukan penjelasan dari mana sumber kewangan Sulaiman Hussin

UKM FC pula walaupun telah melengkapkan dokumentasi untuk proses pelesenan dan penswastaan pasukan, mereka hanya diberikan lesen bersyarat dan difahamkan pasukan itu masih bergelut untuk mencari penaja ataupun sumber kewangan bagi menampung perjalanan pasukan.

Justeru itu, Kuala Lumpur bersedia menjalin kerjasama dengan salah satu pasukan itu, dengan menawarkan mereka menjadi ‘feeder team’ atau pasukan pembangunan.

Menurut Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustafa, “Saya ikuti perkembangan Felda United dan UKM FC dengan masa depan kedua-dua pasukan masih belum jelas. KLFA bersedia mengajak mereka bergabung dengan pasukan kami musim depan.

“Memandangkan Kuala Lumpur layak ke Liga Super secara merit, salah satu daripada pasukan itu boleh menjadi feeder team kepada kami dan terus beraksi dalam sai­ngan Liga Premier. Ini talian hayat yang kita tawarkan kepada mereka.”

Tambah Nokman, andai Felda United atau UKM FC bersetuju untuk bekerjasama, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan sedikit kos pengurusan pasukan kerana mereka hanya perlu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan pemain muda.

“Kita sudah buat perkiraan kos untuk menguruskan pasukan feeder adalah sebanyak RM3 juta semusim. Justeru, kami akan tengok sumber kewangan Felda United atau UKM FC sebelum menjalinkan kerjasama.

“Apa yang pasti, segalanya boleh dibincangkan kerana kami memang mencari satu pasukan feeder yang hanya perlu memberi tumpuan untuk membentuk pasukan bawah 21 tahun selain dibantu dua orang pemain import,” kata Nokman.

Sebagai rekod, setakat ini empat pasukan Liga Super mempunyai feeder team yang beraksi di Liga Premier iaitu Johor Darul Takzim, Selangor, Terengganu FC dan Perak.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.