Dickson label kualiti Azam Azih persis Zidane, minta Pahang ikat pemain itu untuk jangka panjang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) diminta supaya mengikat tonggak tengah yang juga salah seorang pemain terbaik Liga Malaysia, Nor Azam Azih untuk jangka panjang.

Pendapat itu disuarakan tonggak import skuad tok gajah Dickson Nwakaeme yang mengakui cukup mengagumi pemain berusia 25 tahun itu.

Dickson berpendapat ia satu kerugian besar jika Pahang kehilangan pemain yang disifatkannya mempunyai kualiti setanding bintang Eropah dan sentiasa tampil dalam kelas tersendiri itu.

“Dia mempunyai kualiti dan teknik hantaran yang cukup bagus, sukar untuk melihat kualiti sama seperti Azam dalam Liga Malaysia dan saya sangat menghormatinya.

“Hantaran dia sama seperti Zinedine Zidane, Steven Gerrard, Xabi Alonso, dia adalah pemain tempatan yang cukup saya kagumi.

“Sejak hari pertama dia berlatih bersama kami beberapa tahun lalu, saya memberitahu pengurus supaya memberikannya kontrak jangka panjang kerana pada umurnya (ketika itu), dia pemain yang cukup bagus.

“Dan pendapat saya tentang perkara itu tetap sama pada hari ini, berikannya kontrak jangka panjang agar dia boleh bermain dengan Pahang sampai bila-bila,” kata Dickson Nwakaeme.

Sebagai rekod, Azam Azih merupakan produk Piala Belia Pahang dan pernah bersama direkrut ke dalam pasukan Harimau Muda B 2014 sebelum menyertai skuad Liga Super Pahang pada 2015 ketika usianya 20 tahun.

Dia juga merupakan salah seorang pemain tonggak skuad pemenang pingat perak Sukan SEA 2017.

Baca : Dari hoki kini tonggak Harimau Malaya, Nor Azam takkan lupa jasa Cikgu Nan

Baca : ‘Damion Stewart tidak macam pemain bola biasa, sangat keras’

Pemain kelahiran Maran ini pernah bergelut dengan beberapa siri kecederaan teruk, termasuklah dari harmstring, buku lali hinggalah ke Anterior Cruciate Ligament (ACL) namun dia tidak berputus asa dan berjaya bangkit meletakkan namanya bukan sahaja sebagai tonggak Pahang, tetapi juga tonggak Harimau Malaya.

Gandingannya di jentera tengah skuad kebangsaan bersama Brendan Gan dianggap cukup ideal oleh penyokong di mana mereka dilihat saling melengkapi.

Tidak ketinggalan memberikan pujian kepada Nor Azam Azih, seorang lagi bekas rakan sepasukan, Damion Stewart.

“Level Nor Azam menyamai pemain import, diharap dengan kualiti yang ada padanya dia akan dapat peluang untuk bermain di luar Malaysia satu hari nanti,” kata Damion.

Foto : FAM

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.