Kumaahran mahu menyerlah di Melaka United dan buktikan dia layak sarung jersi JDT

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain versatile, S.Kumaahran mengharungi musim keduanya sebagai pemain pinjaman di Liga Malaysia 2021.

Selepas bermain dengan Sri Pahang FC pada musim pendek 2020, tahun ini dia dipinjamkan pula oleh kelab asalnya Johor Darul Takzim (JDT) ke Melaka United.

Dan pemain berusia 25 tahun ini tidak menunggu lama untuk menunjukkan kelebihan yang ada pada dirinya, apabila tampil menyerlah di posisi sayap dan menjaringkan gol dalam aksi sulung menentang Sabah FC yang berkesudahan seri 1-1 pada 6 Mac lalu.

Kepada yang tidak tahu, Kumaahran pada asalnya merupakan pemain posisi penyerang ketika dia mewakili pasukan Harimau Muda, Pulau Pinang serta Johor Darul Takzim II.

Hanya selepas menyertai Sri Pahang FC, Dollah Salleh merubah posisi bekas pemain skuad B-23 kebangsaan ini kepada bek kanan berikutan perpindahan Matthew Davies ke JDT dan Kumaahran berjaya menyerlahkan potensinya sebagai pemain serba boleh dengan cukup baik.

Berita berkaitan : Bek kanan boleh, penyerang pun boleh, semuanya kerana Dollah Salleh

Dengan prestasi meningkat naik dan lebih meyakinkan, pemain ini berharap dia akan akhirnya merealisasikan impian menyarung jersi skuad Harimau Selatan selepas lebih tiga tahun mendapatkan pengalaman dan pendedahan bersama pasukan lain.

“Fokus saya adalah memastikan supaya diturunkan dalam setiap perlawanan dan kerah kudrat sehabis mungkin untuk membantu pasukan mencatat kemenangan, saya tidak kisah tentang berapa jumlah gol atau assist yang penting pasukan beroleh kemenangan.

“Dan saya berharap prestasi saya di Melaka United ini akan dapat untuk memikat perhatian barisan kejurulatihan JDT, saya buat keputusan untuk keluar secara pinjaman adalah untuk meningkatkan tahap permainan dan membuktikan saya layak untuk bermain dengan JDT pada masa akan datang.

“Saya percaya bermain dengan Melaka musim ini akan menghadiahkan batu loncatan untuk merealisasikannya,” kata Kumaahran yang menyertai JDT pada 2018 selepas kontraknya tidak disambung oleh Pulau Pinang berakhir musim 2017 kerana dia mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di lutut kanan.

Sebagai rekod, JDT membawa masuk Kumaahran pada ketika dia belum pulih 100 peratus dari kecederaan tersebut dan menyelamatkan kariernya, memberikannya minit permainan bersama JDT II di mana dia menjadi tonggak pasukan itu memenangi Piala Cabaran pada 2019.

Foto ehsan : Melaka United Football Club

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.