Kumaahran, Nasir Basharudin Antara Tujuh Muka Baru PJ City

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

S.Kumaahran dan Nasir Basharudin adalah antara pemain yang akan memperkuatkan cabaran pasukan dibarisi sepenuhnya pemain tempatan, PJ City dalam saingan musim baru Liga Malaysia.

Berpegang pada slogan #YakiniLokal, pasukan itu turut mengumumkan lima lagi pemain baru iaitu penjaga gol Azfa Arif Mohd Sukri, Aaron Kumar (pertahanan), Marcus Mah (tengah), R.Barathkumar (tengah) dan A.Shivan Pillay (pertahanan tengah).

Ketika ditanya kenapa pasukan itu seolah-olah memperkukuh barisan belakang berbanding bahagian serangan, ketua jurulatih PJ City FC, P.Maniam berkata beliau percaya kehadiran Kumaahran mampu menstabilkan hubungan antara pemain pertahanan dan barisan hadapan.

“Kumaahran adalah pemain penyerang dan dalam pasukan kita ada Mahalli (Jasuli), Khyril Muhymeen (Zambri), Darren (Lok), dan pemain muda Sunil, Ruhindren dan Syahmi (Zamri). Dia (Kumaahran) boleh membantu bahagian serangan pasukan,” kata Maniam pada sidang media majlis mengumumkan pemain pasukan bagi musim 2022 pada Isnin.

Sementara itu, Mohamad Nasir berkata kualiti pemain mendorongnya memilih untuk menyertai kelab itu dan beliau yakin pasukan PJ City FC dapat mencapai sesuatu musim ini.

“Saya dapat dua tawaran yang lain tapi memang saya memilih untuk ke PJ City atas sebab untuk cuba cabaran baharu tanpa pemain import dan dibarisi pemain lokal.

“Saya juga akan dapatkan balik momentum permainan untuk saya mencuba (dapatkan tempatan) ke pasukan kebangsaan semula,” katanya.

PJ City FC akan memulakan musim baharu berdepan Melaka United FC pada 5 Mac, sebelum ini mengumumkan lanjutan kontrak pemain kebangsaan M Kogileswaran Raj untuk musim Liga Super 2022.

Pasukan yang menamatkan cabaran Liga Super musim 2021 di tempat ketujuh ini menyasarkan menduduki kelompok lima terbaik Liga Super 2022.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.