Kurniawan : “Penang main terlalu kompak di pertahanan”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sabah FC terus buntu untuk menoktahkan kemarau kemenangan yang kini melebar kepada tujuh perlawanan, selepas tewas 0-3 kepada Penang FC pada Ahad.

Dua gol jaringan Casagrande pada minit ke-38 dan 55 serta satu jaringan Sheridin Boboev menghadiahkan kekalahan kelapan buat Sabah FC musim ini dan keempat di laman sendiri.

Ini reaksi pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto selepas perlawanan.

“Memang satu lagi keputusan mengecewakan kerana sasaran kita mahu menang minggu ini. Apa yang kita rancang tidak menjadi kerana mereka (Penang) bermain sangat kompak di pertahanan.

“Dan kita juga terlepas dalam menjaga Casagrande walaupun dalam latihan kita ada buat simulasi supaya memastikan dia tidak bebas bergerak.

“Kesilapan itu membuat kita hilang fokus dan Casagrande skor dua gol dengan memanfaatkannya. Kita memang sudah sedia tahu tentang kelebihan Penang pada long ball dan crossing, dan sudah persiapkan pasukan untuk hadapinya tetapi itulah kita ada cuai menyebabkan mereka bebas melakukan crossing tanpa ada pressing dari pemain kita.

“Saya terpaksa keluarkan Azzizan (Nordin) di separuh masa kedua kerana Penang bermain 4-4-2 dan kita perlu mencari gol setelah ketinggalan 2-0 jadi tiada pilihan kita mainkan Amri Yahyah di serangan. Seperti saya kata Penang bermain kompak, pertahanan menunggu di luar jadi kita paksakan bermain dua striker 4-4-2 jugak.

“Manakala dua midfield kita temu dua midfield mereka, tapi Penang bermain sangat disiplin dan pertahanan mereka bekerja menyusahkan kita untuk skor gol,” ujar Kurniawan.

Kekalahan terbaru ini menyaksikan Sabah FC kekal di tangga ketujuh dengan 19 mata dan masih lagi bergelut untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.