JDT kaut RM1.6 juta hanya satu jam jual jersi baru!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Hanya satu jam mula dijual, jersi baru skuad Johor Darul Takzim habis terjual, dengan kelab itu mengumumkan mereka mencatatkan jualan RM1.6 juta.

“Terima kasih atas respon luar biasa yang ditunjukkan, kedai online kelab bolasepak JDT di laman web dan Shopee menerima kunjungan hampir 100,000 pelawat ketika jersi home dan away JDT 2021 mula dijual pada jam 11 pagi (25 Februari) di mana kelab mencatatkan jualan bernilai RM1.6 juta.

“Jersi-jersi tersebut habis terjual dalam tempoh satu jam di semua platform atas talian sementara penjual rasmi juga kehabisan stok. Nike akan menjual bahagian lain di Nike.Com pada esok (26 Februari) sementara JDT akan menjual batch berikutnya beberapa minggu lagi,” menurut kenyataan kelab itu.

Sebagai makluman, jersi away (versi pemain) pasukan Harimau Selatan dijual buat pertama kali dengan harga yang cukup murah selepas pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersetuju menanggung sebahagian daripada harga jersi itu, sebagai tanda penghargaan kepada penyokong.

Kelab itu memaklumkan jersi away dipilih sebagai hadiah istimewa itu kerana warna putih melambangkan Stadium Sultan Ibrahim sekaligus bersempena dengan ulang tahun pertama stadium berkenaan yang dibuka secara rasmi pada 22 Februari tahun lepas.

“Harga sebenar jersi away (versi pemain) ini adalah RM429, tetapi ia akan dijual pada harga RM185, iaitu sama dengan harga jersi home (versi peminat). Tunku Ismail akan menanggung lebihan kos jualan jersi away yang dijual ini,” ujar kelab itu ketika memperkenalkan jersi tersebut pada Rabu.

Jersi home pasukan JDT menggunakan warna biru sebagai tunjang utama yang turut disulam dengan warna merah di bahagian kolar serta di bahagian tepi.

Apa yang menariknya adalah detailing yang berada pada jersi pertama iaitu terdapat unsur segi tiga yang membentuk corak berlian. Baca : JDT lancar jersi baru berkonsepkan corak berlian. Ia seolah menggambarkan simbolik kepada dominasi JDT dalam bola sepak Malaysia serta usaha mereka untuk menjadi kelab yang bernilai RM 1 bilion.

Jersi away pula menggunakan warna putih dengan terdapat gabungan warna merah di bahagian lengan serta biru di tepi jersi. Berbeza dengan jersi home yang menggunakan kolar bulat, kolar berbutang digunakan pada jersi kedua ini.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.