“Lawan Malaysia lebih menakutkan dari lawan UAE,” ujar jurulatih Vietnam

¼öÁÝÀº ¹Ì¼ÒÁþ´Â ¹ÚÇ×¼­ °¨µ¶ (¿µÁ¾µµ=¿¬ÇÕ´º½º) ¹Úµ¿ÁÖ ±âÀÚ = 'º£Æ®³²ÀÇ È÷µùÅ©'·Î ºÒ¸®´Â ¹ÚÇ×¼­ º£Æ®³² Ã౸´ëÇ¥ÆÀ °¨µ¶ÀÌ ½ºÁîÅ°ÄÅ(µ¿³²¾ÆÃ౸¼±¼ö±Ç´ëȸ)À» ¾ÕµÎ°í Çѱ¹ ÀüÁöÈÆ·ÃÀ» À§ÇØ 17ÀÏ ¿ÀÀü ÀÎõ°øÇ×À» ÅëÇØ ÀÔ±¹, ÃëÀçÁø°ú ÀÎÅͺäÇÏ°í ÀÖ´Ù. 2018.10.17 [email protected]/2018-10-17 07:22:50/
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo nampaknya sudah mula melancarkan perang psikologi ke kem Harimau Malaya menjelang pertembungan di antara kedua-dua pasukan pada 11 Jun, dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Walaupun Vietnam akan terlebih dahulu menentang Indonesia pada 8 Jun, pertemuan dengan Harimau Malaya sudah bermain di fikiran pengendali dari Korea Selatan itu kerana menurutnya ia adalah perlawanan paling sukar berbanding  dua perlawanan yang lain.

Begitupun dia tidak mahu pemainnya memandang rendah mana-mana pasukan dan memberi komitmen sama dalam setiap perlawanan.

“Saya menumpukan seluruh tenaga saya untuk perlawanan menentang Indonesia, kemudian saya akan melihat keputusan perlawanan lain sebelum bertemu Malaysia.

“Berdasarkan jadual lama, kami sepatutnya beraksi di Malaysia dihadapan 80,000 penyokong. Ia adalah pengalaman yang cukup menakutkan namun beraksi di UAE sama saja kecuali bertemu tuan rumah.

“Walaupun kami akan menentang UAE dihadapan ratusan penyokong tuan rumah, tetapi itu tidak menjadi masalah.

“Kita tidak boleh duduk di sini dengan mengatakan bahawa kita boleh melakukan ini dan itu, kita harus berusaha. Kami adalah pasukan yang selalu berwaspada, selalu berada dalam misi yang sama, dengan tujuan yang sama,” katanya kepada portal bolasepak Vietnam, Bongdaplus.

Dan Hang Seo juga menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya sekiranya gagal memacu Vietnam ke pusingan berikutnya.

“Saya warga Korea yang sedang mengendalikan pasukan kebangsaan Vietnam. Kalau tidak dapat keputusan yang bagus, saya akan kemas beg dan pulang ke rumah. Itu tidak dapat dielakkan.

“Oleh itu, saya ingin mewujudkan keyakinan dalam diri saya dan para pemain mengenai matlamat yang harus kita capai,” tambahnya.

Dengan baki tiga perlawanan untuk diharungi, Vietnam sedang menerajui Kumpulan G dengan 11 mata, dua mata mengatasi UAE, Thailand dan Malaysia yang mana semuanya mengumpul sembilan mata.

Skuad Harimau Malaya membawa misi wajib menang ke atas Vietnam jika mahu menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya, susulan kekalahan 4-0 kepada UAE pada 4 Jun lalu.

Kegagalan melakar kemenangan ke atas Vietnam akan menyaksikan peluang skuad negara tertutup.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.