Lebih 10 jurulatih nak ganti Zainal Abidin Hassan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Melaka United mengesahkan ada menerima lebih daripada 10 permohonan untuk mengisi jawatan ketua jurulatih susulan tersebarnya khabar angin bahawa Zainal Abidin Hassan akan disingkirkan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata kebanyakan permohonan tersebut adalah daripada jurulatih luar negara.

“Biasalah, bila ada berita mengenai kedudukan jurulatih, ramai yang mahu mencuba nasib.

“Apapun, tiada sebarang perbincangan atau nama-nama jurulatih yang sedang kami fikirkan untuk mengemudi pasukan. Justeru, kita memberi peluang kepada Zainal Abidin dan melihat perubahan yang dilakukan sebelum ia diputuskan oleh pihak pengurusan bersama pemilik sedikit masa lagi,” katanya.

Melaka United memulakan musim 2021 dengan keyakinan tinggi, tetapi seperti biasa sekadar menepati ekspetasi sebagai pasukan pertengahan liga, selain turut ditolak tiga mata gara-gara isu tunggakan gaji.

Mereka menanti sehingga perlawanan kelima untuk melakar kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan Kuala Lumpur City dan secara keseluruhan baru menang tiga kali musim ini, termasuk yang terbaru menewaskan Perak FC pada Ahad lalu menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Zakaria

Akhbar tempatan melaporkan sebelum ini bahawa pihak pengurusan Melaka United akan menilai kedudukan Zai­nal Abidin Hassan dalam dua perlawanan menentang Perak dan Kedah.

“Jika kedua-dua perlawanan itu Melaka United tewas, ada kemungkinan besar Zainal diketepikan sebagai jurulatih tetapi jika menang sekalipun, nasibnya belum dapat ditentukan lagi.

“Ia juga bergantung kepada pertemuan semua pemain de­ngan Datuk Mohd Saiful dalam tempoh terdekat.

“Pertemuan Saiful adalah atas permintaan pemain. Hasil pertemuan akan dibentangkan kepada pihak pengurusan ter­tinggi Melakan United sebelum jendela perpindahan pemain ditutup,” ujar sumber dalam laporan tersebut.

Sebagai rekod, ini adalah tahun ketiga Zainal Abidin Hassan membimbing Melaka United.

Disebabkan pasukan tidak pernah menunjukkan peningkatan dan duduk ‘tang tu’ penyokong melancarkan kempen mendesak Zainal Abidin disingkirkan.

Saiful Sapri berharap Zainal Abidin akan memanfaatkan peluang yang diberi ini untuk bekerjasama melonjakkan prestasi pasukan.

Sementara itu, bercakap mengenai sekiranya ada rombakan pada jendela perpindahan kedua, ini jawapan Saiful.

“Kita akan buat penilaian menyeluruh dan mungkin ada rombakan kecil, apapun bergantung kepada bajet dan kewangan.”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.