“Lebih Baik Kau Kerja Kedai Mamak Atau Bukak Kedai Roti Lee” – Curran Ferns Kepada Lee Tuck

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain berdarah kacukan, Curran Ferns nampaknya benar-benar ‘sakit hati’ dengan kerakyatan yang diperoleh pemain import Sri Pahang, Lee Tuck.

Jika penyokong masih ingat, sebelum ini Curran Ferns memilih untuk bercakap secara umum tanpa memetik nama sesiapa bahawa ada pemain yang menipu mempunyai hubungan darah dengan Malaysia dalam usaha untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Berita Berkaitan : FAM Ditipu? Saifuddin Hairan Dakwaan Tidak Berasas Curran Ferns

Tetapi kali ini dia lebih lantang, tidak lagi berselindung, apabila menembak secara terus pemain yang dimaksudkannya dengan ayat yang cukup pedas kepada Lee Tuck.

“Memakai lilitan di lengan sebagai kapten Sri Pahang tetapi menipu semua rakyat Malaysia serta pasukannya bahawa dia ada darah Malaysia. Jadilah seorang lelaki dan mengaku kepada semua bahawa kau cuba menipu untuk mendapatkan pasport dan meneruskan kehidupan.

“Jika kau betul-betul sayangkan Malaysia dan mahu menjadi rakyat Malaysia, maka mengaku sahaja tentang penipuan kau dan tinggalkan bolasepak dan pergi bekerja di kedai mamak untuk mengenali budaya di sini. Tunjuk kepada semua yang kau nak kan pasport untuk sebab yang betul dan bukan “Lee Roti Bar” serta lupakan sahaja bolasepak,” ujar pemain itu di instagramnya.

Lee Tuck komen "Lebih Baik Kau Kerja Kedai Mamak Atau Bukak Kedai Roti Lee" - Curran Ferns Kepada Lee Tuck

Curran Ferns juga memuatnaik kenyataan daripada All Women Action Society (AWAM) yang mempertikaikan mengenai betapa mudahnya seorang pemain bolasepak yang tiada langsung kena mengena dengan Malaysia diberikan kad pengenalan sedangkan ramai kaum ibu terpaksa berjuang bertahun-tahun bagi mendapatkan kewarganegaraan untuk anak mereka dan tidak berjaya.

“Saya rasa ini masa untuk semua di Persatuan Bolasepak Malaysia meletakkan jawatan dan berundur serta-merta. Ini satu ujian yang mudah, jika anda sayangkan negara, buatlah perkara yang betul. Jika anda menggunakannya untuk agenda peribadi, maka boleh kekal duduk di situ.”

Sebagai rekod, Lee Tuck akan mendapat kewarganegaraan Malaysia pada tahun ini dan boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan oleh Sri Pahang berikutan telah genap lima tahun bermain di negara ini sepertimana termaktub dalam peraturan FIFA.

Proses untuk mendapatkan kerakyatan kepada pemain berasal dari England itu diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang. Pemain itu sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia sebenarnya berdarah Malaysia melalui neneknya yang kononnya berasal dari Sabah dalam usaha mendapatkan kerakyatan namun tidak menjadi kenyataan kerana gagal untuk membuktikannya.

Selain Lee Tuck, tiga lagi pemain yang telah mendapat kerakyatan Malaysia melalui bolasepak adalah Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula serta Liridon Krasniqi dan jumlah itu dijangka akan bertambah dari tahun ke tahun.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.