Liga Malaysia main tanpa penyokong sehingga tamat musim 2020?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Adakah saingan Liga Malaysia terpaksa dijalankan tanpa kehadiran penyokong atau secara tertutup sehingga tamatnya musim 2020?

Hal ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan dalam tempoh enam hingga dua belas bulan akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata amalan ini perlu diterapkan agar jangkitan Covid-19 dapat dielakkan daripada terus menular.

“Walaupun belum tahu sama ada PKP ada akan tamat atau tidak, tetapi amalan kita sudah kita ubah… bukan norma biasa lagi (seperti dahulu). 

“Sebagai contoh, kita mengamalkan penjarakan selamat termasuk tidak bersalam selain kerap basuh tangan.

“(Selain itu) perhimpunan pula… dalam tempoh enam bulan hingga setahun kita tidak mengalakkan langsung perhimpunan membabitkan orang yang ramai,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani, petang semalam.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah memasuki Fasa II iaitu dari 1 sehingga 14 April lanjutan daripada Fasa I bermula 18 Mac lalu.

Setakat ini tiada ada sebarang respon diberikan oleh pihak Malaysian Football League (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku pengendali liga dan badan induk bola sepak negara terhadap saranan oleh KKM tersebut.

Sebelum ini MFL dan FAM telah mengarahkan saingan bola sepak anjurannya dimainkan secara tertutup pada 13, 14 dan 15 Mac susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Kemudiannya, mereka bertindak menangguhkan semua pertandingan bermula 16 Mac sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Foto: MFL

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.