Liga Super : Devan Terkejut Penang Beri Tentangan Sengit

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Negeri Sembilan meneruskan langkahan sensasi mereka di Liga Super musim ini, apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan Penang FC 3-2 di Paroi pada Selasa.

Ia adalah kemenangan kelapan mereka musim ini sekaligus mengukuhkan cengkaman di kedudukan ketiga Liga Super dengan 29 mata.

Pengendali pasukan, K.Devan mengakui sedikit terkejut dengan tentangan sengit diterjemahkan barisan pemain Penang FC apatah lagi mereka ketika ini melalui musim yang buruk dan turun pada perlawanan tersebut dengan hanya dua pemain import di dalam kesebelasan.

Saya tidak sangka Penang akan berikan persembahan seperti ini, ia satu perlawanan yang sengit dan sukar. Mereka mempertaruhkan kudrat pemain tempatan dan menyukarkan kita.

“Walaupun Negeri Sembilan bermain dengan baik terutama pada separuh masa pertama dengan mencipta banyak peluang jaringan, tapi gagal melakukan penyudah yang baik sebaliknya Penang pula yang berjaya menjaringkan gol.

“Namun selepas kita berjaya menyamakan kedudukan, persembahan pasukan saya dilihat lebih baik, tetapi beberapa kesilapan dilakukan mereka serta kegagalan mengekalkan disiplin tinggi, menyebabkan pasukan lawan berjaya menjaringkan gol kedua.

“Saya rasa lega apabila gol kemenangan tercipta pada penghujung babak kedua, tetapi hakikatnya kita berdepan situasi cemas sepanjang permainan kerana tentangan hebat diberikan Penang,” ujar Devan selepas perlawanan.

Baca Juga : Letih Punca Jang Kecundang, Main 3 Kali Dalam 9 Hari Berbanding Sabah

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terlebih dulu di depan menerusi Lucas Silva pada minit ke-27 tetapi Zamri Pin Ramli berjaya mengikat kedudukan 1-1 lapan minit kemudian.

Giliran Negeri Sembilan mendahului pada minit ke-59 menerusi Matheus Alves namun kedudukan kembali terikat setelah T.Saravanan menyamakan kedudukan pada minit ke-80, sebelum Herold Goulon muncul wira skuad jang dengan jaringan lima minit sebelum tamat perlawanan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.