Liga Super : Feichtenbeiner Terkedu, Terkejut Kena 3 Biji Di Separuh Masa Kedua

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner mengakui terkedu melihat pasukannya tewas selepas mendahului Negeri Sembilan dengan dua gol di separuh masa pertama, dalam aksi Liga Super berlangsung Ahad.

Jaringan Herlison Caion dan Yazan Al Arab meletakkan Red Giants selesa menuju rehat, namun pada ketika mereka berada dalam keyakinan tinggi dapat meraih tiga mata, sebaliknya yang berlaku apabila Negeri Sembilan menterjemahkan kebangkitan penuh sensasi.

Bermula dengan jaringan sepakan percuma Gustavo pada minit ke-67, skuad bimbingan K.Devan kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan juga menerusi Gustavo yang menanduk masuk hantaran sepakan percuma Ahmad Khuzaimi Piee pada minit ke-80.

Bekas pemain Selangor, Sean Selvaraj kemudiannya mencuri tumpuan menerusi jaringan penuh sensasi, apabila sepakan dari jarak kira-kira 35 meternya menerjah jaring, dengan Samuel Somerville hanya terpaku di gawang.

“Saya tidak menjangka kita akan melepaskan tiga gol di separuh masa kedua dan tewas sekali lagi selepas tewas kepada Pahang. Setiap kali tewas ia amat menyakitkan dan saya tidak dapat menyatakan apa-apa.

“Hari ini babak pertama kami dalam situasi sempurna, babak kedua kami tidak dapat menjaringkan gol ketiga, di mana kami mahukan tambahan gol. Kami tahu Negeri Sembilan amat bahaya dalam situasi bola mati, dan mereka memberi tekanan dengan hantaran bola jauh bagi cuba mendapatkan bola mati.

“Gol pertama dan kedua (Negeri Sembilan) daripada situasi bola mati dan kita gagal tanganinya. Kita melakukan kesilapan sendiri dan berikan gol. Inilah bolasepak, kami tewas. Selepas ini pertahanan kita kena bertahan lebih baik dan gol terakhir itu memang amat melukakan,” kata Feichtenbeiner selepas perlawanan.

Kekalahan pertama buat Selangor di laman sendiri menyaksikan mereka menghuni tangga keenam dengan 16 mata.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.