Luqman Hakim tersenarai 50 Wonderkid terbaik pilihan Goal.com

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Laman sesawang bola sepak, Goal.com telah menyenaraikan penyerang Harimau Muda, Luqman Hakim salah seorang daripada 50 wonderkid terbaik dunia.

Luqman yang menginjak usia 18 tahun pada mac lalu diletakkan di tangga ke-49 di atas penyerang kelahiran Sepanyol, Pablo Moreno yang kini beraksi bersama Juventus.

Kejayaannya membarisi skuad bawah 23 tahun negara pada usia remaja mendapat pujian daripada Goal.com dan Luqman digambarkan sebagai seorang penyerang mempunyai kaki yang lincah.

Menariknya dalam penyenaraian 50 wonderkid oleh laman sesawang ini, Luqman Hakim menjadi satu-satunya pemain muda daripada rantau asia tenggara yang tersenarai.

Tiada kelibat pemain muda Buriram United, Suphanat Mueanta di dalam senarai yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu.

Takefusa Kubo RCD Mallorca 2019 Luqman Hakim tersenarai 50 Wonderkid terbaik pilihan Goal.com

Terdapat dua pemain yang mengiringi Luqman dari benua asia iaitu Takefusa Kubo dan Lee Kang-in masing-masing merupakan pemain kelahiran Jepun dan Republik Korea.

Kubo merupakan seorang remaja berusia 18 tahun yang pernah menarik perhatian dunia apabila diikat oleh gergasi Sepanyol, Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas, tahun lepas. 

Disenaraikan di tangga ke-9 oleh Goal.com, kini Kubo beraksi bersama RCD Mallorca secara pinjaman selama satu musim. Kubo juga merupakan lepasan akademi Barcelona, La Masia.

Lee Kang in Valencia CF 2018 Luqman Hakim tersenarai 50 Wonderkid terbaik pilihan Goal.com

Di tangga ke-7 ialah Kang-in yang bermain bersama sebuah lagi pasukan berpangkalan di Sepanyol, Valencia CF.

Pada tahun lepas Kang-in telah membantu skuad Republik Korea merangkul naib juara kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) serta meraih anugerah individu iaitu Golden Ball Award selaku pemain terbaik kejohanan.

Luqman Hakim turut mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila disenaraikan sebagai 60 pemain muda berbakat di dunia oleh media berpangkalan di United Kingdom (UK), The Guardian hujung tahun lalu.

Foto: Football Association of Malaysia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.