Maaf jika tersinggung, saya bukan memilih atau berlagak cuma mencari kerja yang sesuai

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Nama Khalid Jamlus meletup pada sekitar 15 tahun lalu dek kerana penyudah berbisanya.

Dia bukan sahaja digilai penyokong bolasepak, tetapi dengan wajah persis pelakon Bollywood Mithun Chakrabothy, kelibat Khalid Jamlus turut diminati anak gadis.

Sejak beberapa hari lalu, Khalid Jamlus kembali meletup, tapi atas sebab berbeza.

Bermula dengan berkongsi pengalaman lalu melalui sesi Live Facebook pada setiap malam terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sehinggalah tindakannya melelong barangan peribadi termasuk kasut emas yang dimenangi pada 2002 kerana masalah kewangan, menjadi viral.

Malah Labola Malaya kemudian melaporkan betapa dia kecewa kerana tiada peluang untuk kembali terlibat di dalam bolasepak walaupun sebagai seorang penolong jurulatih sedangkan dia mempunyai lesen dan kelayakan.

Baca : Khalid Jamlus lepaskan kasut emas dengan harga RM10,100 demi survival

Baca : Tanyalah mereka kenapa bekas pemain negara ada lesen nak jadi assistant coach pun tak dapat

Walaupun ada yang mencadangkan supaya dia cuba menceburi bidang lain, Khalid Jamlus berpendapat sebagai bekas pemain yang berpengalaman dan ada nama, kerjaya kejurulatihan tetap merupakan pilihan terbaik, sekaligus mengundang tanggapan dia memilih kerja lebih-lebih menerusi kenyataannya selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Ahmad Kamal pada Rabu.

Dia memberitahu sebagai somebody di dalam bolasepak dan berpengalaman luas, kelebihan yang ada padanya tidak boleh dipersiakan begitu sahaja, malah menegaskan ia perlu diturunkan kepada orang yang betul, bukannya tukang kebun sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang melabelnya ‘berlagak’.

Baca : ‘Saya ada pengalaman, i’m somebody, takkan nak latih tukang kebun kan’

Khalid Jamlus bagaimanapun menepis tanggapan itu dan menjelaskan dia hanya mencari kerja bersesuaian dengan kebolehan.

“Selepas tamat kontrak sebagai penolong jurulatih PDRM (2017) saya bekerja menjadi runner di APAD, saya juga pernah bekerja sebagai kuli di sebuah syarikat kontraktor, jadi adakah saya memilih kerja dan berlagak? Tidak.

Khalid Jamlus perjelas tanggapan Maaf jika tersinggung, saya bukan memilih atau berlagak cuma mencari kerja yang sesuai

“Mengenai (ayat) tukang kebun tu, kalau katakan tu kerja saya esok hari, ataupun menjadi pengawal keselamatan, saya kerja kalau itu akan menjadi kerja hakiki saya. Cuma ramai mempersoalkan, kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman luas, adakah itu pilihan terbaik?

“Jadi saya cuma mahu satu peluang yang bersesuaian dengan kebolehan saya sahaja, maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda, i’m sorry,” ujar pemain itu yang membantu pasukan negara menduduki tempat ketiga Piala Tiger 2004.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.