‘Made in Senegal’ lakonan Sadio Mane kisah perjalanan hidup sendiri

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kisah bagaimana seorang bernama Sadio Mane mengatasi kemiskinan dan menjadi salah seorang pemain bolasepak terbaik dunia, akan difilemkan dalam sebuah dokumentari berjudul ‘Made in Senegal’.

Dokumentari itu yang dihasilkan dengan kerjasama Rakuten membolehkan penyokong mendalami perjalanan hidup bintang Liverpool itu dengan lebih dekat dan menyelami pengorbanannya untuk bergelar pemain professional.

Sadio Mane bermula dengan serba kekurangan di sebuah kampung kecil di selatan Senegal dan pada usianya 28 tahun kini, dia sudahpun menjadi sebutan seluruh dunia dek prestasi luar biasa bersama Liverpool.

Menariknya dokumentari itu akan dilakonkan sendiri oleh Sadio Mane, malah rakan sepasukan Mohamed Salah dan Pengendali The Reds, Jurgen Klopp turut membuat penampilan khas dalam filem terbabit.

‘Made in Senegal’ menggunakan gabungan babak dokumentari, klip dari arkib dan animasi untuk menghidupkan zaman silam Mane sekaligus membolehkan penyokong menyelami perasaan dan pandangan pemain terbabit selain merasai semangat Mane di luar padang serta kerja kebajikan yang dilakukan di tanah airnya.

“Saya berasal dari Senegal, saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa anda boleh mencapai apa sahaja kalau anda sedia untuk meletakkan impian dan bekerja keras,” ujar pemain itu.

Sumber : BHarian Online/NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.