“Main Bola Apa Kalau Semua Kena Sembah, Kena Tanya Satu Pasukan Tu Dulu” – Sanusi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berpendapat bola Malaysia takkan ke mana jika setiap pasukan di Liga Malaysia tidak mendapat layanan sama rata sebaliknya terdapat pasukan yang diagungkan dan disembah umpama raja.

Menurutnya budaya seperti itu adalah toksik dan memalukan, malah tidak sedikitpun mencerminkan permainan ‘fairplay’ sepertimana sentiasa dilaungkan.

Walaupun Sanusi tidak menyebut kepada siapa ia ditujukan, semua boleh menduga pasukan yang dimaksudkan beliau adalah Johor Darul Takzim.

“Sebenarnya bola sepak bukan untuk individu, sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis ‘fair play’, tetapi ada tokong. Semua nak kena sembah tokong, nak kena tanya dia dulu, jadi jenuh la nak main bola macam ini.

“Contoh berlaku satu kejadian luar biasa dalam kancah bola sepak apabila pengadil perlawanan memberikan tambahan masa 10 minit pada babak kedua perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada perlawanan sebelum ini.

“Sebagai ahli gabungan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), kita nak perkara menggelikan hati begini ditangani segera. Saya rasa main bola masa tambahan paling panjang pun tujuh minit dan itu pun kalau berlaku patah kaki contohnya, yang memerlukan pemain diusung keluar.

“Dalam perlawanan itu patah jari pun tak ada, tetapi masa tambahan sampai 10 minit. Ini sesuatu yang ‘very rare’ (sangat luar biasa),” ujar Sanusi seperti dilaporkan Arena Metro.

Tambah Sanusi lagi, ramai yang sedar dan tahu tentang benda-benda pelik yang seringkali berlaku dalam Liga Malaysia dan sentiasa menyebelahi pasukan selatan tanah air itu, tapi mereka memilih untuk mendiamkan diri.

“Jangan sampai saya bercakap pula. Apa yang saya katakan ini baru permulaan dan kalau keluar semua sekali, habis.

“Saya sedang kumpulkan lagi apa benda yang patut dicakap. Saya cakap untuk kebaikan bola sepak dan kalau betul nak tingkatkan mutu bola sepak negara, perkara ‘rare’ begini perlu dilihat dengan mata terbuka,” katanya lagi.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.