“Mana ada pilih kasih, gaji besar jadi kita bayar separuh dulu, separuh kemudian”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais menafikan pasukan itu mengamalkan sikap pilih kasih di dalam membuat pembayaran gaji kepada pemain-pemainnya.

Pasukan Liga Premier itu nampaknya belum keluar daripada masalah kewangan mereka dan baru-baru ini timbul pula dakwaan pemain-pemain kelahiran Sarawak dibayar gaji mereka terlebih dahulu tanpa masalah, manakala pemain lain pula ada yang hanya dibayar separuh hingga berlakunya tunggakan gaji.

“Kita tidak amalkan pilih kasih, gaji beberapa pemain berasal dari Sarawak ini kecil sahaja sekitar RM2,000 ke Rm4,000. Jadi jumlah ini kita boleh bayar.

“Untuk pemain-pemain yang bergaji besar pula, ada yang kita bayar penuh, ada yang kita bayar separuh dulu, separuh kemudian tetapi ini bukan pilih kasih,” kata Posa Majais yang juga merupakan Naib Presiden FAM.

Pada bulan Mei lalu, Posa Majais naik angin berikutan tindakan pemain import Sandro Mendonca mensensasikan isu tunggakan gaji selama beberapa bulan sehingga mencemarkan nama baik dan imej Sarawak United.

Berita berkaitan : “Tertunggak sebulan setengah jer, itu pun kecoh nak masuk berita dunia”

Sementara itu Posa Majais turut mengesahkan bahawa pasukan itu telah dikenakan sekatan perpindahan pemain bagi jendela perpindahan Liga Malaysia Januari 2022, berikutan kegagalan membayar tunggakan gaji bekas jurulatih Juan Carlos Margo.

FIFA juga telah mengarahkan Sarawak United untuk membayar pampasan RM200,000 kepada Juan Margo yang dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu pada awal musim lalu.

Namun Sarawak United membuat keputusan pelik apabila memecat Juan Margo belum pun sempat saingan Liga Premier bermula, berikutan tiga kekalahan berturut-turut dalam aksi pra-musim.

Bagi musim ini, Sarawak United dilabel sebagai pasukan pilihan untuk memenangi slot ke Liga Super setelah berjaya membawa masuk himpunan pemain berprofil tinggi antaranya Norshahrul Idlan Talaha, Christie Jayaseelan, K.Reuben, Sharbinee Allawee, S.Chanturu, Gopi Rizqi Rama Chandra, Taylor Regan, Sandro Mendonca dan beberapa lagi pemain lain.

Bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan dilantik sebagai Pengarah Teknikal manakala E.Elavarasan pula sebagai ketua jurulatih.

Menepati ekspetasi yang diletakkan, Sarawak United sedang menerajui saingan Liga Premier 2021 dengan 23 mata dari 10 perlawanan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.