Masalah Utama Selangor FC Adalah Mentaliti, Bekas Import Kecewa Aksi Longlai Red Giants

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas tonggak pertahanan Selangor, Ristomoyo Kassim berpendapat pasukan itu ketika ini bergelut dengan masalah mentaliti yang menyebabkan mereka tampil longlai dan gagal menjadi pencabar kuat dalam Liga Malaysia.

Ristomoyo yang membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 1986 mengakui terkilan dengan prestasi yang ditunjukkan skuad Gergasi Merah dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan menegaskan tanpa mentaliti yang tinggi dalam diri pemain, sukar untuk pasukan itu meraih pencapaian yang lebih baik.

“Ada rasa terkilan juga sebab dulu kita final kalahkan Johor, sekarang ini sudah bertukar, Johor pula yang bantai Selangor. Bezanya dulu dengan sekarang dari segi mentaliti pemain.

“Kelihatan macam tak bermaya pasukan Selangor, mungkin dari segi pengurusan atau benda lain yang tak cukup sokongan. Mentaliti pemain pun saya rasa kurang.

“Kalau sudah mentaliti pemain kurang bagus, memang susah nak bersaing dengan pasukan seperti Johor dan pasukan lain.

“Kalau dulu zaman saya berbeza, memang Selangor ada pemain terbaik Malaysia seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, R Arumugam dan ramai lagi. Ketika saya sertai Selangor, memang pasukan itu bagus dan saya kira beruntung,” katanya kepada BH Sukan.

Ketika ini, Selangor menduduki tangga keenam dalam Liga Super selepas mengharungi lapan perlawanan dan mengumpul 12 mata. Secara keseluruhannya mereka hanya berjaya melakar tiga kemenangan sahaja malah baru-baru ini dibelasah Johor Darul Takzim 5-1 sekaligus memperlihatkan jurang yang begitu besar dengan pendahulu liga itu.

Pada musim lalu, juara Piala Malaysia 33 kali itu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kelima dengan mengumpul 36 mata selain gagal melepasi peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.