Mbappe Komplen Neymar Tidak Berdisiplin, Minta Pemain Itu Dijual

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe mendesak kelabnya menjual Neymar.

Mbappe baru-baru ini menandatangani kontrak baharu yang menjadikan dia pemain bergaji paling mahal di dunia.

Kontrak itu turut dilaporkan memberikannya ‘kuasa’ dalam isu bola sepak di PSG dan dia mula menunjukkan kuasanya apabila mahu rakan sepasukannya itu meninggalkan Paris.

Laporan media awal pagi tadi menyebut Mbappe mahu PSG menjual bintang Brazil terbabit pada musim panas. Dia dilaporkan memberitahu pemilik kelab bahawa Neymar sangat tidak berdisiplin dalam sistem taktikal mereka selain bimbang dengan rutin pemulihan pemain itu.

Pemilik PSG dari Qatar dilaporkan menerima arahan Mbappe walaupun mereka menjadikan Neymar pemain termahal dunia ketika dibeli dari Barcelona pada 2017 dengan harga €222 juta (RM1 bilion).

Mereka meminta bapa Neymar yang bertindak sebagai ejen supaya mencari jalan keluar untuk pemain itu pada musim panas. Namun Neymar Sr menegaskan anaknya tidak akan meninggalkan kelab melainkan baki kontraknya dibayar penuh.

Neymar yang berusia 30 tahun mempunyai kontrak sehingga 2027 dan menerima €40 juta (RM185 juta) setahun.

Sebelum ini, Mbappe turut menggunakan kuasanya untuk mendorong pemecatan pengurus pasukan, Mauricio Pochetino, dan kemudiannya menegaskan bahawa PSG semakin hilang bisa di bawah bimbingan pengendali dari Argentina itu.

PSG menjuarai Ligue 1 dengan kelebihan 15 mata tetapi kemampuan Pochettino di ibu kota Perancis itu diragui selepas kegagalan mereka dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Gergasi Perancis itu mensia-siakan kelebihan dua gol apabila hatrik Karim Benzema membolehkan Real Madrid mara ke suku akhir saingan itu musim lalu sebelum muncul juara – AGENSI

Foto ehsan : Give Me Sport

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.