“Memang Ingin Main Di Malaysia, Tapi Bukan Sekarang” – Kobe Jae Chong

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain berdarah kacukan, Kobe Jae Chong tidak menolak kemungkinan untuk beraksi di Liga Malaysia pada masa akan datang.

“Sukar untuk saya menjawab persoalan tentang masa depan saya tetapi sudah semestinya saya ingin bermain di Malaysia namun bukan sekarang.

“Saya rasa untuk sekarang, keputusan yang tepat adalah untuk kekal di England tetapi kita tidak tahu pada masa depan,” ujar Kobe Jae Chong dipetik dari portal Harimau Malaya.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu mengakui ada menerima tawaran dan mengadakan perbincangan dengan Sri Pahang pada bulan Mei lalu, namun dia tampak tidak tertarik dengan tawaran tersebut dan memilih untuk kekal bersama AFC Telford.

Dia juga menyifatkan keputusan beraksi dengan kelab yang bersaing di National League (Utara), saingan divisyen keenam mengikut hierarki liga di England adalah satu tindakan tepat demi perkembangan karier dan masa depan.

Lagipun kelab itu merupakan sebuah kelab yang agak hebat dan mempunyai fasiliti serta peminat yang agak ramai.

“Saya rasa kekal di sini adalah pilihan yang sangat tepat untuk melihat kemampuan sebenar saya untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Satu musim yang baik akan membuka pintu untuk saya kembali ke tahap sebenar yang saya inginkan,”

“Cita-cita saya adalah untuk beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris dan kelab ini merupakan pilihan yang tepat kerana ia merupakan antara kelab yang besar di kawasan ini.”

“Ramai pemain dari divisyen ini berjaya berpindah ke kelab di liga kedua, EFL Championship.”

“Cabaran bola sepak di England adalah amat tinggi, mungkin sukar difahami oleh peminat di Malaysia kerana saya bermain di kelab divisyen keenam.

Tetapi jika peminat datang untuk menyaksikan perlawanan, mereka akan memahami bahawa tahap bola sepak di sana adalah sangat-sangat berbeza dan mencabar.”

“Ramai pemain dari divisyen ini berjaya berpindah ke kelab di liga kedua, EFL Championship,” tambah Kobe Jae Chong.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.