Mengenang Markis Kido, antara pemain beregu terbaik dunia dilahirkan Indonesia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Arena badminton dunia dikejutkan dengan perkhabaran duka, apabila bekas pemain beregu lelaki Indonesia, Markis Kido meninggal dunia kerana serangan jantung, pada usia baru 37 tahun.

Difahamkan Markis Kido meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Tangerang dekat Jawa.

Bagi komuniti badminton dunia, nama Markis Kido bukan lagi nama yang asing, dia mendominasi gelanggang lebih sedekad dengan membentuk gandingan ampuh bersama Hendra Setiawan dan juga Marcus Fernaldi Gideon, memenangi hampir kesemua gelaran besar yang dipertandingkan.

Antara pencapaian terbaik sepanjang kariernya, Markis Kido merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China ketika berpasangan dengan Hendra Setiawan.

Selain itu, Markis Kido juga pernah memenangi Piala Dunia pada 2006 dengan menewaskan gandingan Malaysia Lin Woon Fui/Fairuzizuan Tazari, dan menjuarai Kejohanan Dunia 2007 di Kuala Lumpur yang menyaksikan dia dan Hendra Setiawan melonjak ke kedudukan nombor satu dunia.

Pemain berasal dari Jakarta itu juga meraih pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou dengan menewaskan gandingan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, selain memenangi pingat emas Sukan SEA sebanyak tujuh kali.

“Ikut berdukacita yang sangat mendalam buat salah satu gandingan terbaik saya dalam suka mahupun duka.. Dia salah satu pemain yang luar biasa dan sangat berbakat… Saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kerana sudah menjadi partner yang sangat baik buat saya dalam waktu menang ataupun kalah.. Terima kasih sudah bergandingan mulai dari nol (kosong) dan berjuang bersama selama 14 tahun,” ujar Hendra Setiawan.

Antara pencapaian Markis Kido (kejohanan utama, mengikut tahun): 

2003 & 2005 : 

  • Pingat emas kejuaraan Asia
  • Pingat emas Sukan SEA (beregu lelaki)

2005 :

  • Pingat Perak Sukan SEA (berpasukan lelaki)

2006 :

  • Juara Piala Dunia
  • Pingat gangsa Sukan Asia (beregu lelaki)
  • Pingat gangsa Sukan Asia (berpasukan lelaki)
  • Pingat gangsa Piala Thomas

2007 : 

  • Pingat emas Kejohanan Dunia
  • Naib juara Piala Sudirman
  • Pingat emas Sukan SEA (beregu lelaki)
  • Pingat emas Sukan SEA (berpasukan lelaki)

2008 : 

  • Pingat emas Sukan Olimpik
  • Pingat gangsa Piala Thomas

2009 : 

  • Pingat gangsa Piala Sudirman
  • Pingat emas Kejuaraan Asia
  • Pingat emas Sukan SEA (beregu lelaki)
  • Pingat emas Sukan SEA (berpasukan lelaki)

2010 : 

  • Pingat gangsa Kejohanan Dunia
  • Naib juara Piala Thomas
  • Pingat gangsa Sukan Asia (berpasukan lelaki)
  • Pingat emas Sukan Asia (beregu lelaki)

2011 :

  • Pingat perak Sukan SEA

Kredit foto : CNN Indonesia

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.