Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane berharap Lionel Messi tidak membuat keputusan meninggalkan FC Barcelona agar dapat memberi saingan sengit kepada Real Madrid.
Itu reaksi balas Zidane berkenaan dakwaan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak 6 kali itu bakal meninggalkan Stadium Nou Camp setelah tamat kontraknya pada jendela perpindahan musim panas 2021.
Lionel Messi wants to leave Barcelona in 2021 and has halted contract negotiations, according to Cadena SER 👀 pic.twitter.com/q0b5jJ0aag
— Goal (@goal) July 3, 2020
Terdahulu, stesen radio Cadena Ser memaklumkan Messi menolak rundingan untuk melanjutkan kontraknya bersama Barcelona kerana ‘fed up’ dengan pergeseran dalaman kelab, akhir-akhir ini.
“Saya tidak tahu apa bakal berlaku tetapi kami harap tidak berlaku (Messi tinggalkan Barcelona) kerana dia bermain di La Liga dan kami mahu (pemain) terbaik (bersaing) dalam liga ini,” kata Zidane dipetik daripada Goal.
Zidane responds to rumours Messi could leave Barcelona in 2021 👀 pic.twitter.com/ATwI8YHW5M
— Goal (@goal) July 3, 2020
Pergeseran dan suasana tidak harmoni di dalam kelab melibatkan pemain-pemain, barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan tertinggi kian memuncak pada saat ini.
Laporan Daily Mail mengatakan pengurus pasukan, Quequi Setien gagal sama sekali mengendalikan situasi di bilik persalinan Barcelona sejak menggantikan Ernesto Valverde, januari lalu.
Quique Setién will be the new manager of FC Barcelona. Welcome!
➕ INFO https://t.co/EOP9MSFFJ1 pic.twitter.com/IkhzFGyxHf
— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 13, 2020
Turut tersebar ‘cakap-cakap’ mengenai hubungan dingin Messi bersama pemain berharga £108 juta, Antoine Griezmann. Selepas kuarantin pandemik Covid-19, kedua-dua mereka tidak lagi bergandingan bersama dalam kumpulan kecil ketika sesi latihan.
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu juga tidak terlepas mempunyai isu dan hubungan tegang dengan beberapa pemain selepas terpaksa berunding untuk memotong gaji para pemain ekoran kekangan kewangan selepas diumumkan penundaan saingan liga, beberapa bulan lalu.
Messi's individual award collection is 🤩🤩🤩 pic.twitter.com/DBoOeU9aMx
— Goal (@goal) July 3, 2020
Setakat ini, Messi hanya dikaitkan dengan kepulangan semula ke kelab zaman remajanya yang berpangkalan di Argentina iaitu Newell’s Old Boys. Media melaporkan, naib presiden kelab tersebut, Cristian D’Amico membuka seluas-luas tangan untuk menerima kepulangan penyerang berusia 33 tahun itu.
Foto: FC Barcelona & Real Madrid